VIP Dedaun Alam

Thursday, July 1, 2010

Tal @ Kelapa Laut

Pokok kelapa laut atau tal ini ditanam di Rantau Panjang, Kelantan.

Inilah rupa buah kelapa laut yang masih segar. Foto ini diambil di Cameron Highland dan semua kelapa laut ini dibawa dari Perak.

Buah kelapa laut ini saya beli dengan harga RM13 sebiji! Isirungnya tidak seperti yang saya harapkan, masih terlalu kecil.


Nama Botani : Borassus Flabellifer
Famili : Palmaceae

Pengenalan

Pokok kelapa laut atau dikenali dengan nama tal bagi penduduk Kelantan ini merupakan sejenis pokok palma yang biasa dijumpai ditanam di kawasan sawah padi di pantai timur dan utara Malaysia. Ia merupakan antara tumbuhan yang menjadi sumber utama manisan selain daripada kelapa dan tebu. Kelapa laut ditanam secara kemersial di Thailand. Pokok kelapa laut mencapai ketinggian sehingga 13 meter. Ia juga mempunyai daun yang besar dan cantik serta berbentuk seakan mahkota. Pokok kelapa laut mengeluarkan bunga dan berbuah setelah berumur kira-kira 14 tahun dan ia mampu hidup melebihi 100 tahun. Buahnya agak besar (rujuk foto) dan biasanya mengandungi 3 biji benih didalamnya. Lapisan dalam tempurungnya mengandungi isirung yang boleh dimakan. Ia membiak melalui biji benih dan percambahannya mengambil masa lebih kurang 4 bulan.

Kegunaan

Pokok kelapa laut sebenarnya mempunyai nilai komersil yang tinggi. Daun tal banyak digunakan sebagai tempat menulis sebelum kertas dicipta. Daun kelapa laut juga boleh digunakan untuk membuat kipas, atap rumah, tikar, topi, beg dan bakul.

Selain itu, daun pokok ini banyak mengandungi kalium juga digunakan sebagai baja hijau untuk sawah padi. Pipit serunai dan daun pipit, iaitu dua jenis alat muzik boleh juga dibuat dari daun pokok ini. Sabut juga boleh dibuat dari beberapa bahagian pokok ini. Sabut boleh didapati daripada batang daun, kulit buah , batang pokok, daun. Sabut panjang dari batang daun boleh dibuat tali dan berus.

Mayang atau manggarnya dipotong untuk mengeluarkan nira yang boleh dijadikan minuman setelah ditapis. Gula kelapa laut ini mengandungi lebih 80 peratus sakaros(sejenis sukros). Niranya juga boleh dijadikan manisan dan bentuk pepejal yang dipanggil gula melaka. Isirung buahnya boleh dimakan secara segar, dicampurkan dalam minuman atau yang telah ditinkan. Nira ini juga boleh proses sebagai minuman yang memabukkan yang dikenali sebagai tuak masam(todi).

Nira yang kurang penapaian boleh digunakan sebagai yis untuk membuat roti. Penapaian yang berlaku dalam jangka masa beberapa bulan boleh menghasilkan cuka. Di Indo-china, nira kelapa laut diminum untuk mencegah sembelit. Air rebusan tandan bunga atau akar diminum untuk melawaskan pembuangan air kecil. Niranya juga dipercayai boleh digunakan sebagai ubat untuk membunuh cacing dalam perut, malaria dan limpa bengkak. Buahnya yang dihancurkan dan cecair di perah keluar digunakan untuk mengubati bisul.

22 comments:

  1. Salam tuan kebun...mahalnya uah tal tu ya...rasa cam sanggup nak beli je.....tak ada ke buah yang dh belah tu...tak pernah tgk lg la isi yg ori dari tempurung dia

    ReplyDelete
  2. Salam kak, mhl sbb pyh nk dpt. Beli tu igt nk snap gmbr isirung yg segar tp kecik sgt, msh mcm jelly lg.Tak berbaloi lgsung beli.Sebiji lg RM12, bg kat bunda.Dia belah dn mkn dh isinya.

    ReplyDelete
  3. cntiknya gmbar pokok nya...ahahhaha...sape la yg amik gmbr pkok 2...ngeh3

    ReplyDelete
  4. Ntah sapa la yg amek gmbr pkk tal tu. Dua tiga shoot br dpt yg elok..haha..

    ReplyDelete
  5. saya mcr pokok ni ni dlam ketinggian 5 kaki..mn tempat yang boleh saye dapatkan dalam 200 pokok

    ReplyDelete
  6. Salam mat ganu 69,
    Rasanya pkk ni pyh nk dpt skrg ni. Yg sy tau pkk kelapa laut ni byk ditanam di Perak dn Kelantan tp pkk dh tinggi melangit semuanya.

    ReplyDelete
  7. salam..selain cameron kat mana nak dpt buah ni..ada sesiapa tau boleh email tak kat aku a_j_utm@yahoo..

    ReplyDelete
  8. Salam a_j_utm,
    Selain dr cameron buah ni ada dijual di Perak dn Kelantan tp buah ni agk pyh nk jmpa. Kalau di CH tu msti ada kat jual tepi jln (satu tempat je).

    ReplyDelete
  9. kat penang ada orang menjaja dengan basikal roda tiga tapi x pernah beli pun

    ReplyDelete
  10. Kalau tau betapa sedap air kelapa laut dn isinya tentu dh beli... Biasanya org tak jual buah tp air kelapa laut. Air kelapa laut dihasilkn dgn mencampurkn isi kelapa laut bersama air, gula atau madu.

    ReplyDelete
  11. bestnya kelapa laut. hari tu first time makan

    ReplyDelete
  12. Kelapa laut atau tal ni mmg sdp. Nk mkn isi atau minum air kelapa laut tu yg pyh sbb tak ramai org jual produk drp kelapa laut ni.

    ReplyDelete
  13. kt umh sy ngah ada byk kelapa laut nih..hihihihi...coz asben wat i kelapa laut jual kt bazar ramadhan peringat, kelantan..asben order kt patani..lau ada yg mengidam 2, ley la roger2x kt my email tiha.azizan@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi...nak Tanya boleh Mana boleh dapat anak pokok kelapa laut dalam 500 pokok terimakasih

      Delete
  14. Kalau dkt dh lama saya gi cari kelapa laut terutama isi muda. Lama sgt dh tak mkn isi kelapa laut yg segar ni. Dulu ada org jual kat pasar. Sebungkus ada 10 biji dan biasanya org jual dlm bln Ramadhan saja.

    ReplyDelete
  15. Di tanah perkuburan Islam di Jalan Perak, P. Pinang ada satu bahagian yang ada sebilangan pokok tal dan buahnya banyak jatuh ke tanah dan terbiar. Cubalah kutip dan tanam. Lazimnya, buah tal dijual di pasar Ramadhan, boleh buat mcm air bandung + buah tal + ais, atau pun minuman leng chi kang.

    ReplyDelete
  16. Sayang pula buah2 tal yang terbiar macam tu. Mungkin kerana ia bukan milik individu dan tumbuh di tanah perkuburan, tiada siapa yang ingin komersialkan tal tersebut. Kalau saya dekat, boleh kutip dan tanam. Jus yang biasa orang buat dan jual sekarang ialah air kelapa laut madu.

    ReplyDelete
  17. Ahmad Harmizi Bin IsmailMay 31, 2013 at 7:20 AM

    Di Piutrajaya juga ada kelapa laut ditanam di jalan menuju Presint 11(kalau betullah pokoknya tu). Ada yang berbuah dan yang tidak. Buah yang masak banyak juga gugur ke tanah dan akan dibuang oleh pekerja pembersihan yang bertugas. Pernah juga saya nampak ada orang yang panjat dan turunkan buahnya menggunakan tali, mungkin peniaga yang mahu memanfaatkannya. Diminta ada sesiapa pembaca yang boleh membuat pengesahan memang pokok yang ditanam arah ke Presint 11 tu memang pokok kelapa laut boleh datang dan tengok sendiri kerana saya nie tak berapa kenal pokoknya, cuma tengok gambar dalam laman web nie sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin betul itu pokok kelapa laut kerana ada org ambil buahnya menggunakan tali. Buah tal yg gugur sebenarnya dah tua dan isinya keras. Tak boleh dimakan dah.

      Ada spesis palma yang hampir menyamai pokok kelapa laut ni iaitu pokok serdang. Sekali pandang nampak sama tapi warna pelepahnya berbeza. Buah serdang bulat, keras dan tak boleh dimakan.

      Delete
  18. Tolong bagitahu kawasan rantau panjang tu area mana nak dapatkan pokok kelapa laut nii

    ReplyDelete
  19. Siapa ada anak benih kelapa laut Afrika? Call/wasap saya 011-57761928
    Tq Din

    ReplyDelete
  20. kat lazada ada kot cuba cari kelapa laut, fresh sea coconut

    ReplyDelete