VIP Dedaun Alam

Thursday, July 15, 2010

Tomato

Buah tomato yang masih hijau dan akan bertukar merah apabila masak.


Nama Botani : Lycopersicon cycopersicum (L)
Famili : Solanaceae.

Pengenalan
Pokok tomato merupakan tumbuhan yang terbahagi kepada dua kumpulan iaitu yang tumbuh menegak(determinate) dan menjalar(indeterminate). Perbezaannya dapat dilihat melalui ciri-ciri buah yang membezakan varietinya. Tomato sesuai ditanam di kawasan tanah tinggi dan terdapat juga varieti tomato yang sesuai di tanam di tanah rendah.

Kegunaan

Tahukah anda warna merah pada buah tomato yang masak adalah disebabkan likopena, iaitu karotenoid yang memberikan warna merah kepada tomato. Likopena lebih efektif sebagai antioksida berbanding beta karoten dan alpha tocopherol. Selain mempunyai kebaikan antioksidan, tomato merah juga dapat boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung. Kajian mendapati bahawa pes tomato, sos tomato dan jus tomato mengndungi likopena yang sangat tinggi. Likopena membantu mengurangkan paras kolesterol LDL dan ia juga dapat mengawal tekanan darah. Likopena akan dikumpulkan di organ tertentu dalam badan diantaranya hati, paru-paru, pundi prostat, usus besar dan kulit.

Tomato membekalkan 40 peratus daripada keperluan harian vitamin C. Tomato bersifat alkali dan ia membantu memberi keseimbangan akibat pengambilan makanan bersifat berasid yang kerap. Lebihan asid dalam bendalir badan yang mengakibatkan sakit kepala, keletihan, susah tidur, sakit sendi, susah hadam dan sakit-sakit otot.

No comments:

Post a Comment