Friday, July 16, 2010

Sepenoh

Pokok sepenoh


Nama Botani : Proiphys amboinensis (L)
Famili : Amaryllidacea

Pengenalan

Pokok sepenoh atau sepenuh ini adalah tumbuhan jenis bebawang yang berasal dari Asia Tenggara. Ia biasanya tumbuh liar dan ada yang ditanam sebagai pokok hiasan. Daun pokok sepenoh berbentuk jantung, berwarna hijau dengan urat daun yang jelas kelihatan. Sepenoh mengeluarkan bunga dalam bentuk jambak dengan setiap jambak mempunyai 10 atau lebih kuntum bunga yang akan  mekar satu persatu. Pokok sepenoh boleh dibiak melalui bebawang, pecahan rumpun dan biji benih.

Kegunaan

Keseluruhan bahagian pokok ini sepenoh mengandungi likorin, mineral, karbohidrat dan serat. Namun begitu, pokok tidak boleh dijadikan makanan. Daun pokok sepenoh yang ditumbuk lumat dan ditampal pada tempat berkenaan dipercayai dapat merawat penyakit sendi(reumatisme). Cecair daripada bebawang pokok ini mampu merangsang muntah utnuk merawat masalah keracunan akibat racun / bisa serangga dan racun dalam makanan atau minuman.

Di sesetengah tempat, daun pokok ini digunakan dalam upacara ritual untuk menghalau makhluk halus daripada memasuki rumah. Ada juga yang mempercayai dengan menanam pokok ini di kawasan tanaman boleh akan membuatkan hasil tuaian meningkat dan bertambah. Daun sepenoh ini juga sering digunakan sebagai kipas dalam upacara perkahwinan kaum atau etnik tertentu.

2 comments:

  1. salam en Daun..klasik nama pkk ni sepenoh tu...bila blm gambar cantik je pkk ni kan

    ReplyDelete
  2. Salam kak rosa, nama pkk tu mmg sepenoh. Gna ejaan asal bkn ejaan baru, sepenuh. Pkk ni mmg cantik, dh msuk dlm ni lg nmpk cantik.Dh lama tu tnm pkk ni, nsb baik bunda jg elok.

    ReplyDelete