VIP Dedaun Alam

Thursday, July 12, 2012

Peringat


Peringat atau penyengat sedang membina sarang untuk pembiakan koloninya. 

Peringat sebenarnya nama panggilan untuk penyengat di kalangan rakyat Kelantan. Ada satu tempat dinamakan sempena nama serangga berbisa ini iaitu Peringat. Di Kedah, ia dikenali dengan nama temingat. Peringat, penyengat atau temingat ini mempunyai sengat untuk mempertahankan diri apabila terancam atau diancam. Ia akan menyerang atau menyengat jika sarangnya diganggu samada secara sengaja atau tidak. Sengatan serangga sangat menyakitkan tapi tidak membawa maut seperti sengatan tebuan atau lebah. Saya sendiri telah beberapa disengat oleh serangga kecil ini dan sengatan pada bahagian muka akan memberi kesan bengkak yang lebih teruk berbanding bahagian badan lain. Siapa yang pernah disengat oleh serangga kecil ini?

16 comments:

  1. saya, ''''Tapi sengatannya, memang meninggalkan kesan, jika nampak sarang pingat ni harus hati2,jgn cuba nak sentuh,.......
    nanti orang makan pengat kita makan pinngat.......tak pasal2 dapat medal.....pingat emas tu.....

    ReplyDelete
  2. Sengatan peringat atau pingat ni mmg sakit dan jadi bengkak. Tu la kata org2 tua, sarang tebuan jangan dijolok. Sarang peringat pn sama, jgn diusik..nanti org mkn pengat kita dpt pingat..hehe.. Sejak kecil saya dh byk kali kena sengatan peringat. Tebuan pn pernah kena..

    ReplyDelete
  3. peringat tu kalau dah menyengat,kenalah beringat ya..terutama awasi kanak2.Pernah terjadi kanak2 umur 3 tahun di sengat tebuan rupanya macam yg tuan tunjukkan ni..meninggal budak tu..seizin Allah.kanak2 tu sempat kata macam ni kat mama dia ' ma, sakit adik, matilah adik ni'..hemm dan begitulah akhirnya.

    ReplyDelete
  4. uii kalo kena sengat dgn hat ni sakit wooo

    ReplyDelete
  5. @Puteri Purnama
    Sengatan penyengat spt dlm foto tdk spt tebuan yg blh membawa maut. Sengatan tebuan terutama tebuan tanah blh menyebabkan kematian. Sengatan penyengat drp spesis penyengat rusa lbh berbisa berbanding penyengat biasa.

    ReplyDelete
  6. @wani
    kalau kena sengat mmg sakit sbb saya biasa kena sengat. Bkn nmpk sarang temingat ni..tau2 dah pedih sakit kena injek dgn sengatnya.

    ReplyDelete
  7. sarangnya daripada tanah kan? kalau nampak penyengat ni, jauh lagi dah elak takut di sengat

    ReplyDelete
  8. Sarang penyengat dibuat drp campuran tnh dan beberapa bhn lain yg saya kurang pasti tp kalau tebuan guna tnh dan sisa buangan lembu utk sarang mereka. Jika ternampak sarang penyengat ni lbh baik elak tp kalau x nmpk nmpk..tau2 dah sakit kena sengat la jawabnya.

    ReplyDelete
  9. salam kenal ...
    menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
    di tunggu kunjungan balik.nya!

    ReplyDelete
  10. Terima kasih berkunjung ke sini. Saya akn buat kunjungan balas.

    ReplyDelete
  11. Terima kasih sesemua. Info2 ini memang helpful. Anak saya baru tersengat peringat tadi semasa bersarapan pagi di Nasi Lemak Kak Yah, bandar Kuala T'ganu. Pelanggan lain terus memberi tolong, beri minyat, garam untuk disapu, nasihat& semua. Saya bersyukur orang saling menolong tak kira bangsa.

    ReplyDelete
  12. Tahu x cara nak hilangkn ye sbb suami kne smlm hbs bngkak tgn

    ReplyDelete
  13. semua cerita ttg pengalaman kena sengat. Tapi cara rawatan nya, tak da sorang pon kongsi...selain pegi hospital la

    ReplyDelete
  14. ni petua ayah saya and saya pernah try memang berkesan tapi agak geli sedikit .. amik anak dia dalam sarang yg tak boleh terbang sapu kat bahagian bengkak memang xde bengkak cuma sakit sikit2 tu ada la..maaf klau tak berkesan bagi anda semua .. Insyallah amin

    ReplyDelete
  15. Macmna nak hilangkan bisa kesan kena sengat tu

    ReplyDelete
  16. Sy bru kne sengat siang td.. Tak prasan srang dia..sengatan kli ketiga sakit gila.. Cpt2 sy guna kuku cuit tmpt kne sengat bagi kluarkn bisa dia smbil bsuh dgr air mngalir.. Lps tu tekap dgn ais supaya x bgkak bsr.. Alhamdulillah bgkak surut tp msih rsa sakit sikit2..

    ReplyDelete