Jus rambutan yang menggunakan rambutan klon anak sekolah.
Rambutan anak sekolah masih banyak di pokok tapi dalam bulan Ramadhan orang kurang minat untuk makan buah rambutan pada waktu malam. Buah rambutan semakin ranum dan ada yang telah gugur ke bumi. Dalam bulan Ramadhan ni berbagai jenis minuman yang dijual di bazaar Ramadhan dan kita hanya mendapati jus atau minuman adalah sama setiap tahun. Dan kerana ingin mencuba sesuatu yang baru dan 'menyelamatkan' buah rambutan daripada terbiar, jus rambutan ini adalah jawapannya. Pasti tak ramai yang pernah mencuba atau merasa jus rambutan ni. Mungkin ini kali pertama mendengar jus rambutan. Jus rambutan ini dibuat menggunakan rambutan anak sekolah. Untuk membuat jus ini pun agak mudah, saya gunakan +-500 gram buah rambutan, kupas dan isi rambutan diasingkan daripada bijinya. Masukkan isi rambutan ke dalam balang mesin pengisar bersama air, sedikit gula dan ais. Kisar sehingga hancur. Hasilnya seperti dalam foto, jus rambutan menjadi warna putih secara semulajadi. Rasanya sangat sedap dan asli. Nyaman tekak semasa berbuka puasa.