VIP Dedaun Alam

Tuesday, September 27, 2011

Bagai Embun Di Hujung Rumput

Titisan embun di hujung daun rumput.

Peribahasa Melayu, bagai embun di hujung rumput membawa maksud kasih sayang yang tidak berpanjangan atau berkekalan. Kasih embun pada rumput hanya seketika kerana apabila mentari muncul, keringlah ia dek kepanasan sang mentari. Namun begitu, embun akan hadir lagi keesokan harinya biarpun kasihnya tidak berpanjangan. Ia tetap setia.

12 comments:

  1. Walau pun sekejap kasihnya tetap tumpah,yang merisaukan kasihnya tak pernah bertapak,kasih terpaksa,kasih kasihan,kasih sendiwara.....

    peribahasa melayu mengaitkan persekitaraan,putaran hari,kelangsungan hidup diterjemahkan dalam perilaku manusia.......

    hendaknya kasih yang ditumpahkan pada seseorang ,kasih berpanjangan.....jangan seperti embun dihujung rumput......

    ReplyDelete
  2. Mendalamnya pengertian peribahasa yg cikgu kupaskan ni. Kasih embun hanya sementara walaupun ia setia tapi tidak berkekalan. Mungkinkah kasihnya kerana terpaksa atau sekadar kasih kerana kasihan. Jika kita berkasih biarlah kasih itu kasih yg berkekalan hingga hujung nyawa.
    Banyak peribahasa Melayu yg berkaitan dgn alam. Kita dan alam adalah berkaitan antara satu sama lain.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Wah..... Mendalam tu maknanya..... :)

    Dh lama x dgar peribahasa2 ni....

    ReplyDelete
  5. Assalam..biarlah kasih embun tu kering didedaun alam..namun embunrosaliza tetap setia di dedaun alam ini heheh

    ReplyDelete
  6. :Melati Qistyna's Mummy
    Peribahasa2 Melayu biasanya ada makna yg tersirat. Ia bukan sekadar penyeri bahasa shj tp ada mesej di sebaliknya. Peribahasa yg ada dlm Dedaun Alam adalah yg berkaitan dgn alam dn kehidupan.

    ReplyDelete
  7. :EmbunRosaliza
    As salam kak rosa,
    Kasih embun pada rumput hanya sekektika tp kasih embunrosaliza adalah kasih yg berterusan.

    ReplyDelete
  8. Assalam ADRY
    Kalau diintai betul-betul, setiap pagi, embun yg berlainan yg hinggap di hujung rumput. Si rumput tetap mengharap, hari demi hari, embun demi embun.....

    Mari nasihat, embun hinggaplah di tengah rumput. Mungkin boleh bertahan sikit ikatan kasih. Tapi, mentari tetap cemburu saban hari!

    ReplyDelete
  9. orang tua kata kalau anak kecil lambat berjalan, bawak berjalan di embun rumput kan?

    ReplyDelete
  10. :Temuk
    As salam cikgu,
    Memang benar embun yg berlainan hadir setiap pagi utk menemani rumput tapi tujuannya tetap sama. Ia hadir untuk menyegar dan menyejukkan si rumput yg kepanasan dek mentari yg cemburu dgn kasihnya kpd rumput. Saban hari mentari akan melenyapkan kasih embun pada rumput.

    ReplyDelete
  11. :Kasihibu
    Petua org2 tua utk bayi yg lambat berjalan mcm yg Sya kata tu. Ada lagi satu petua utk atasi anak2 kecil yg lambat bjln ni. Guna buah kacang ringan, pukul2 kat kaki anak kecil yg berat nk bjln tu. Kacang ringan byk tumbuh di kawasan lapang yg terbiar.

    ReplyDelete