VIP Dedaun Alam

Sunday, January 22, 2012

Sekilas Ikan Di Air, Sudah Tahu Jantan Betinanya


Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betinanya bermaksud dengan hanya melihat luaran telah diketahui keadaan atau situasi sebenarnya. Itu pepatah atau peribahasa tapi secara logiknya dapatkah kita kenal jantina ikan dengan hanya sekali imbas sahaja? Apakah jantina ikan dalam foto di atas? Rasanya tak perlu bertanyakan jantina kerana mereka nampak sama saja. Soalan mudah, apa agaknya nama ikan kat atas tu?

14 comments:

  1. Masa kecik2 dl Kita panggil ikan todak, sbb muncungnya mcm todak, suka tangkap mereka2 ni.... Tgkp pastu lepas balik... :)

    ReplyDelete
  2. Yg tu ikan juluk atau julung. Hidup dlm air tawar, saiz sebesar jari kita je. Ikan juluk mudah mati sbb muncung dia senang pth.

    ReplyDelete
  3. mcm ikan todak je rupa dia..
    oo, pendek nyawa sbb muncung..hehe

    ReplyDelete
  4. Ikan ni adik beradik dgn ikan todak. Badan dia lbh bulat berbanding ikan todak dan isinya sedap..hehe..

    ReplyDelete
  5. As-salam Adry
    Yang kata sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya tu mesti ada mata mesin x-ray. Untungnya!

    Mata yang ada ni tak boleh cam jantina ikan tu, juga keturunannya. Walaupun nampaknya macam ikan air tawar, hehehe, nak agak juga, itu anak-anak ikan marlin?!

    ReplyDelete
  6. @LadyBird
    Ikan yg hidup mungkin Lady tak kenal tp yg org jual kat pasar tu tau namanya kannn..

    ReplyDelete
  7. @Temuk
    As salam cikgu,
    Orang yang kenal jantina ikan biarpun hanya sekilas pandang memang ada mata x-ray.. Rasanya sukar untuk kita mengenali ikan betina atau jantan kecuali beberapa spesis ikan yang berbeza antara jantan dan betina spt ikan guppy, peacock dan molly. Sebenarnya ikan dalam foto tu bukan lagi anak-anak tapi dah remaja. Saiznya lebih kurang lengan budak. Kalau dapat tangkap dah blh jual tu.

    ReplyDelete
  8. @zul permatang badak
    Anok ike kekacang tu kurang tepat jawapannya. Ikan kekacang jarang bermain/mencari makan di tepi pantai. Ikan ni sebenarnya adik beradik ikan todak iaitu ikan banang. Isi ikan banang lbh sedap berbanding todak. Saya dah mkn kedua2 jenis ikan ni termasuklah ikan kekacang atau alu-alu tu.

    ReplyDelete
  9. ikn juluk, tp dh salah mmg tak pernah tgk la

    ReplyDelete
  10. Owh dh beso ke ikan dlm gambo tu, ingat beso kelingking je... :)

    ReplyDelete
  11. @EmbunRosaliza
    Ikan juluk atau julung tu hidup dlm air tawar. selalu tgk dlm sawah dan parit atau taliair tp ia tak suka sungai yg arus airnya laju.

    ReplyDelete
  12. @Melati Qistyna's Mummy
    Dh beso ikan dlm foto tu. saya zoom dari atas jeti. Batu2 tu pn nk sama besar dgn keta viva..hehe.. Kalau ada pancing atau jala, kita blh tangkap buat lauk dah tu. Sedap...!!

    ReplyDelete