VIP Dedaun Alam

Showing posts with label ikan. Show all posts
Showing posts with label ikan. Show all posts

Sunday, January 22, 2012

Sekilas Ikan Di Air, Sudah Tahu Jantan Betinanya


Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betinanya bermaksud dengan hanya melihat luaran telah diketahui keadaan atau situasi sebenarnya. Itu pepatah atau peribahasa tapi secara logiknya dapatkah kita kenal jantina ikan dengan hanya sekali imbas sahaja? Apakah jantina ikan dalam foto di atas? Rasanya tak perlu bertanyakan jantina kerana mereka nampak sama saja. Soalan mudah, apa agaknya nama ikan kat atas tu?

Friday, May 20, 2011

Dua Ekor Ikan Yang Berkawan Baik

Dua ekor ikan yang sedang mencari makan berhampiran jeti. Gambar kelabu disebabkan biasan cahaya matahari dan zoom dari jauh. Mereka berdua daripada spesis dan jenis yang berlainan tapi boleh berenang bersama-sama untuk mencari makan. Ada tak pembaca yang mengenali nama ikan ni? Yang kecil tu bersaiz kira-kira 20cm. Yang panjang tu tak pasti pula. Ikan kecil tu biasanya bermain di tepi jeti kerana ia lebih gemar mencari makan di kawasan tersebut. Dan ikan yang panjang tu pula bukan ikan todak(seperti yang serang Singapura pada masa dahulu-dalam dongeng). Kedua-dua jenis ikan ni boleh dimakan. Yang macam ikan todak tu memang sedap rasanya. Ada tak sesiapa yang kenal ikan-ikan ni?

Update (22 May 2011):
Ikan yang kecil tu adalah ikan sumpit-sumpit. Ikan bersaiz sederhana ini mempunyai kemahiran yang sangat unik dan hebat iaitu boleh menyumpit makanannya(biasanya serangga seperti lipas, belalang atau pepatung). Ia biasa mencari makan di kawasan jeti.
Ikan yang seperti todak ialah ikan banang. Ikan banang adalah adik beradik ikan todak. Ikan banang boleh membesar sehingga 2 meter panjang.

Friday, May 21, 2010

Segar Dari Langkawi

Segar dari Langkawi! Entri ini khas untuk kak rosaliza, kak anis dan semua pembaca blog Dedaun Alam. Segar dalam ertikata yang sebenar! Lihat saja foto yang dipaparkan...


Ikan jenahak atau tetanda yang masih belum hilang warna jalur pada badannya.

Hirisan ikan pari (+- 1kg setiap satu=RM10-RM15/kg)

Ikan comel ini (saya lupa namanya) masih bercahaya ekornya. Segar!

Yang ini ikan loban. Bersaiz sederhana(kira-kira 30cm panjang). Ia biasanya dibakar.
Ikan gerepuh atau giant trevally. Cahaya kuning yang terhasil ini bukan kerana kesilapan teknik fotografi tetapi dari badan ikan itu sendiri.

Ikan siakap dan ikan merah
Ini ikan sebelah atau ikan tapak kasut. Sedap digoreng kunyit.
Ikan baji. Bersaiz dari sebesar lengan hingga betis orang dewasa. Ikan jenis ini memang sedap dibakar

Ikan yu, ikan jenahak dan ketam
Ikan parang. Yang kecil di tengah gambar saya lupa namanya.

Ikan alu-alu atau barracuda. Ia juga dikenali dengan nama ikan tenuk. Yang ini bersaiz hampir 2m panjang.