VIP Dedaun Alam

Friday, May 21, 2010

Segar Dari Langkawi

Segar dari Langkawi! Entri ini khas untuk kak rosaliza, kak anis dan semua pembaca blog Dedaun Alam. Segar dalam ertikata yang sebenar! Lihat saja foto yang dipaparkan...


Ikan jenahak atau tetanda yang masih belum hilang warna jalur pada badannya.

Hirisan ikan pari (+- 1kg setiap satu=RM10-RM15/kg)

Ikan comel ini (saya lupa namanya) masih bercahaya ekornya. Segar!

Yang ini ikan loban. Bersaiz sederhana(kira-kira 30cm panjang). Ia biasanya dibakar.
Ikan gerepuh atau giant trevally. Cahaya kuning yang terhasil ini bukan kerana kesilapan teknik fotografi tetapi dari badan ikan itu sendiri.

Ikan siakap dan ikan merah
Ini ikan sebelah atau ikan tapak kasut. Sedap digoreng kunyit.
Ikan baji. Bersaiz dari sebesar lengan hingga betis orang dewasa. Ikan jenis ini memang sedap dibakar

Ikan yu, ikan jenahak dan ketam
Ikan parang. Yang kecil di tengah gambar saya lupa namanya.

Ikan alu-alu atau barracuda. Ia juga dikenali dengan nama ikan tenuk. Yang ini bersaiz hampir 2m panjang.

5 comments:

  1. salam...byknya ikan...bleh jd penjual ikan kt psar ni...jd promoter...hehehehe...kt psar pdg matsirat ke ni?

    ReplyDelete
  2. salam en daun.
    bestnya dpt tgk ikan segar ni. rasanya ttu manis bila dimasakkan. t.kasih byk ya en daun. jenahak ni first time nmpk. begitu juga dgn ikan tenuk tu. selalunya beli dah siap potong. hehe...
    subhanallah, sukanya akk tgk. t.kasih sekali lg.:))

    ReplyDelete
  3. egie : Salam..byk ikn sbb pi awai ke market. Org yg jual ikn heran tgk abe dok snap gmbr ikn. Diorg kata 'Aduan Rakyat'..he3.. Yg ni market kelibang, hr sabtu lps.

    ReplyDelete
  4. Kak anis : Salam kak,ikn2 ni mmg rasa manis dn lemak(kata org lgkwi).Smuanya br trn bot,trs di bawa ke pasar.Ikn jenahak tu spesis ikan mhl. Yg dlm foto dlm RM15-20 sekor.Ikn tenuk tu kalau msim dia mmg byk tp org kat sini tak mnt sgt ikn tu.Kalau aruan tasik tu ok jg.

    ReplyDelete
  5. hahaha...org jual pkat tkot tgk abe ambik gmbr...tkot kna repot psl jualan diorg...hahaha

    ReplyDelete