VIP Dedaun Alam

Monday, May 17, 2010

Nangka

Buah nangka
Nama Botani : Artocarpus heteropyllus
Famili : Moraceae

Pokok nangka merupakan tumbuhan yang berasal dari Asia. Keseluruhan pokok nangka mengandungi getah berwarna putih. Ia mampu mencapai ketinggian sehingga 20 meter. Pokok nangka hidup subur di kawasan rendah yang beriklim tropika dengan taburan hujan tahunan 2540mm. Tanaman ini agak lasak dengan kemarau tetapi jika melebihi 60 hari, ia memerlukan penyiraman atau pengairan/saliran yang baik. Nangka tidak sesuai ditanam di kawasan yang mudah ditenggelami air. Terdapat 60 genus dan lebih 1000 spesies pokok dari keluarga ini di kawasan tropika.

Nangka mempunyai zat tenaga, air, protein, lemak, karbohidrat, serat, abu, kalsium, fosforus, iron, beta-karotin, vitamin B1, vitamin B2, vitamin C dan niasin.

4 comments:

  1. bestnya nangka??ngka 2 kmbar ke??

    ReplyDelete
  2. Hehe..nangka tu bkn kembar la. Yg kecik tu adik dia, yg besar tu abg dia.

    Wakaka....

    ReplyDelete
  3. hahaha...pokok kt mna?kt umah ke?

    ReplyDelete