VIP Dedaun Alam

Saturday, May 29, 2010

Amra @ Kedondong

Buah kedondong klon baru
Amra merupakan nama panggilan bagi kedondong di kalangan penduduk kawasan utara semenanjung Malaysia. Kedondong atau nama botaninya, canarium sp. biasanya tumbuh liar di dalam hutan dan ketinggiannya mampu mencapai sehingga 35m. Kedondong tidak mempunyai musim dan berbuah sepanjang tahun. Terdapat klon baru pokok kedondong yang diperkenalkan di Malaysia. Ia lebih cepat mengeluarkan buah dengan saiz yang lebih besar berbanding kedondong hutan serta rasanya tidak terlalu masam seperti kedondong hutan. Buah kedondong biasanya dimakan mentah atau dibuat jeruk.
Buah kedondong dipercayai dapat merawat batuk. Caranya, ambil 2 atau 3 buah kedondong yang matang. Cuci buah kedondong sehingga bersih dan diparut. Perah parutan buah tadi tanpa menambah air. Jus yang terhasil tadi ditambah sedikit garam, minum 3 kali sehari.

9 comments:

  1. salam en daun...akk selalu tgk yg pkk renek2 tu...buahnya lebat ngalahkan daun pulak..kalo yg pkk besar gini tak pernah tgk lg. tak ada ke buah apa ke akk lupa la...buah dia msm mcm ni gak tp bulat2 kecil pkk tinggi. ada kat umah ct zin dulu heheheh..apakah nama ek buah tu, lama tak nmpk

    ReplyDelete
  2. Salam kak rosa.. Pkk yg renek2 tu biasanya org pangkas. Kalo biar naik tnpa pmangkasan, jd pkk balak la dia. Buah apa yg msm2 kecil tu? X ingt la kalo pkk tu.

    ReplyDelete
  3. ingt td nk ckp bahjeranji yg htm2 kck2 2..buah t.... kambing..hik3..tp mcm bnda lain je ni..??

    ReplyDelete
  4. Bkn buah keranji yg kak rosa kata tu sbb pkk keranji org x tnm.Keranji ni jenis pkk balak yg kayunya sgt keras dn liat.

    ReplyDelete
  5. salam en daun,
    saya jeruk buah kedongdong. extract jeruk itu saya minum bila batuk2. Lepas itu makan buahnya pula. Insyallah.

    ReplyDelete
  6. Salam JahRera,
    Buah kedondong jeruk ni mmg sdp dn ada khasiatnya tersendiri. Tak tau pula saya mkn kedondong jeruk blh atasi masalah betuk. Kalau minum air parutan buah kedondong tu biasa org amalkan. Trma ksh kongsi info kat sini.

    ReplyDelete
  7. salam en.daun. nak tanye skit. sy ade tanam pokok amra dalam pasu lebey kurang dalam setaun. masalahnye daun pucuk baru jadi mengerekot. dah try racun serangga n air bawang putih. tapi masih x ok. boleh suggest solution??

    ReplyDelete
  8. Salam,
    Pokok amra ni krg sesuai tnm dlm pasu sbb ianya jenis pkk besar. Rasanya daun jd mcm tu bkn sbb serngga tp mgkn bpunca dr baja atau tanah yg digunakan sbg medium pasuan. Kalau dh tnm lbh krg setahun, akar pkk tu dh penuh dlm pasu. Pkk dh kekurangn nutrien.

    ReplyDelete
  9. Mcm mn nak bg buah amra lebat kt pkok?

    ReplyDelete