Monday, June 20, 2011

Bagai Mencurah Air Ke Daun Keladi


Peribahasa Melayu ada berkata, bagai mencurah air ke daun keladi yang membawa maksud perbuatan yang sia-sia atau merugikan / orang yang tidak mendengar nasihat. Ini kerana air yang dicurahkan tidak lekat pada daun keladi. Itu perumpamaan tetapi di dunia alam semulajadi, curahan air (hujan) ke daun keladi boleh memberi gambaran segar. Air yang terkumpul pada daun keladi akan menitis ke tanah dan menyirami tumbuhan yang berada di bawahnya termasuklah pokoknya sendiri.

21 comments:

sayangsayangibu said...

curah banyak banyak ada jugak setitik dua di daun keladi tu kan?

Adry@Daun said...

Betul tu Sya...curah byk2 dn beterusan pasti ada juga titisan air yg terkumpul di daun keladi. Mesejnya, jgn berhenti utk memberi nasihat biarpn org yg dinasihati tu spt tak mendengar kata. Lama kelamaan ia kan berhasil juga.

zul permatang badak said...

sewaktu kecil suka sangat, main air dan simbah pada daun keladi....jadi kalau mandi di perigi kaw terbuka ada terdapat pokok keladi........kami menyimbah-nyimbah sampai jemu....

suka lihat biji2 air.......
jadi bila cikgu ajar peribahasa tu...
memang mudah kami faham....

di kg kita belajar melalui pengalaman dan pengamatan.......

resam semulajadi dilambangkan dlm kehidupan manusia yg sememangnya ada titik persamaan.....

Adry@Daun said...

Masa kecil, sy biasa kutip sulur keladi bila diminta oleh mak utk dimasak. Rumpun keladi di tepi bendang padi diredah tnpa risau ttg gatal jika kita tau caranya. Jika ada titisan air di daun keladi, sy akn goncang tangkai daun keladi..air2 tsbr akn bergugurn ke bumi. Tgk pd daun, langsung tiada kesan air yg melekat padanya.. Kita hidup melalui pengalamn dn pengamatan.

Kak Rosaliza said...

heheheh akk pun suka main ngan air di daun keladi..ingat lagi perigi yg tepi sawah zaman kita kecil dulu...rindu kampung tu lama betul tak jenguk, agaknya perigi pun dh tak ada kan.....mencurah air ke daun keladi

Temuk said...

As-Salam ADRY
Selalu Adry cerita nilai perubatan tumbuhan. Tak berapa ada untuk si keladi, ya? Air tak melekat di daun keladi. Siapa yang sebenarnya tak sudi bersama? Daun keladikah, atau si air?

Adry@Daun said...

:Kak Rosaliza
Perigi yg tepi sawah tu dh takdak. Bkn ditimbus tp tertimbus oleh hakisan tnh. Pkk nyoq pn byk yg mati dn kurus.

Adry@Daun said...

:Temuk
As salam cikgu, Biasanya ada cerita tgg khasiat perubatan bg setiap pkk/tumbuhan tp kali ini ia dilihat dr sudut pandangan yg bbeza. Dua2 bkn tak sudi tp lumrah alam yg membuatkn mereka begitu...

sayangsayangibu said...

salam adry
sya dah buat en3 masak lomak cili api campur bacang tp tak ada gambarlah, masak stail n9 punya.

http://mycutelife-sayangsayangibu.blogspot.com/2011/06/mari-masak-masak-pulak.html

Adry@Daun said...

As salam Sya,
Resepi tradisional tu sy dh gi tgk td. Trma ksh kongsi dgn sy dan semua pembaca. Nti blh cuba, sdp je tu.

KELI OH KELI said...

suka dengan persoalan yang ditinggalkan oleh cikgu Temuk...
siapa yang tak sudi bersama...air atau keladi???...")

Adry@Daun said...

Cikgu Temuk mmg tkenal dgn hasil nukilannya yg tsendiri. Persoalan yg ditanya mmg tiada jwpn yg pasti.

muazlumut said...

daun keladi banyak jugak gunanya...

Adry@Daun said...

Daun keladi yg tdk blh dimasak sbg sayur blh dibuat pembungkus tapai. Daun yg bsr dn lebar blh buat payung..hehe..

muazlumut said...

huhu....untuk bungkus inai ok jugak,inai jadi merah....

Adry@Daun said...

Oo...ye ke daun keladi blh bgks inai di jari utk mmerahkn lg inai.. Tak tau pulak saya..hehe.. Trma ksh kgsi ilmu kat sini.

Anonymous said...

Salam.apa jenis keladi dlm gambar di atas? sy perlu dptkn sbg sampel penyelidikan...terima kasih

-naemah-

Adry@Daun said...

As salam Naemah,
Keladi dlm foto tu byk tumbuh dlm sawah/bendang padi. Ubi dan dn pokoknya tak blh dimkn sbb gatal tp sulurnya blh dimkn. Namanya akan saya beritauh kemudian.

Anonymous said...

Salam.terima kasih...kalau dah taw bole tlg emel pd saya?

naemah_globeam@yahoo.com

-naemah-

manja_@in said...

Terima kasih ia sangat membantu ��

manja_@in said...
This comment has been removed by the author.