Jus durian belanda yang diproses daripada buah durian belanda segar.
Buah durian belanda terkenal dengan khasiatnya yang sangat berguna untuk kita. Tak ramai yang suka makan buah durian belanda secara segar dek kerana rasanya agak masam. Saya boleh menghabiskan sebiji buah durian belanda tanpa sebarang masalah. Buah segar, ramai tak nak makan tapi bila dah diproses menjadi jus..sekejap saja ia dah lenyap dari pandangan mata. Nak buat jus daripada buah durian belanda ni agak mudah. Ambil buah durian belanda yang masak, belah dan ambil isinya. Perhatian! Buang semua biji yang ada dalam buah ini sebelum dikisar. Biji buah durian belanda mengandungi toksik dan boleh menyebabkan keracunan. Isi buah durian belanda dikisar bersama air, susu pekat manis(bukan susu sejat/cair) dan ais. Jus ini boleh ditapis tapi ia lebih sedap jika tak ditapis kerana serat daripada buah ini boleh kita telan semasa minum. Sungguh menyegarkan!
19 comments:
Assalam, akk tk pernah lg minum jus durian belanda gini, kalo kodial tu pernah lah juga, mesti sedap sejuk2 gitu
jus durian belanda satu...kasi jambo punya
:Kak Rosaliza
As salam kak rosa, yg kordial tu tak ori, yg kita buat sendiri ni mmg ori dn segar. Jauh lbh sdp dn ada nikmatnya. Buh ketul ais, sdp diminum siang dn mlm..hehe..
:lina_pg
Jus durian belanda jumbo siappp...! Blh tmbh lg..ada satu jug penuh.
sekarang baru ada dibuat jualan, biasa kat pasar tani, laku juga....
kalau jambu batu banyak....campur serbuk asam masin......itupun berduit...laku sungguh....tiap tepi jalan ada...
baca en3 ni terasa nak minum jus durian belanda pulak
hrrmmm..
:zul permatang badak
Jus durian belanda ni krg popular wlpn khasiatnya tinggi. Ia perlu dipromosi secara hebat. Di pasar tani ada tp saya tak pernah jmpa org jual jus durian belanda. Mgkn ada tp jarang.... Jus jambu tu ramai yg jual sbb ada vendor yg mbekalkn peralatan dn bahan.
:sayangsayangibu
Sya buat la jus ni. Mudah je tp nk mencari buah durian belanda yg segar tu agk payah..hehe..
sedapnya, pernah minum sekali je kat bukittinggi.....jus sirsak,ingatkan buah apa ler...,rupanya durian belanda
assalamualaikumen daun.
apa kbr? bc n3 en daun ttg jus durian belanda ni buat akk kecur je. buat ais krim pn sedapkan. hehe... byk juga jual kat pasar basah di kuching ni tp akk blm penah beli lg. nak try la mcm en daun ajar ni.:))
:muazlumut
Jus asli durian belanda ni mmg sdp dn fresh. Sirsak tu namanya dlm bhsa Indonesia. Kat Kelate, org panggil durian selat atau durian sayur. Kat tmpt sy tinggal skrg, ia dikenali dgn nama durian eropah.
:anis
Wa'alaikumusallam kak anis,
Sy sekelurga smuanya sihat dn ok. Aiskrim drp durian belanda blm cuba lg, mgkn sdp rasanya..msm2 manis..hehe.. Kalau buat jus spt dlm n3 ni, mmg sy akui ianya sdp. Akak cba la buat.. Ada org jual di S'wak ye. Biasanya pyh nk jmpa buah ni dipasaran. Org S'wak panggil buah durian selat ni apa ye?
assalamualaikum en daun.
aiskrim durian belanda tu kakak akk yg no 3 rajin buat ms akk bersekolah rendah dulu. arwah mak mmg ada tanam pokok durian belanda ni kat blkg umah. bila dah byk sgt n tak terabis, kakak akk pn buat aiskrim la. mmg licin. hehe... akk plk tak tahu kakak buat mcmana, tahunya mkn je.
insyaAllah en daun, nnti akk cuba tny penjual tu org sarawak panggil apa buah durian belanda ni.:))
Wa'alaikumusallam kak anis,
Kakak akak buat aiskrim durian belanda tu bgks mcm aiskrim M'sia ke. Biasa org buat aiskrim jeruk mcm tu. Akak kecik lg masa tu, mmg tau mkn je la. Cara nk mbuatnya ada pd kakak akak tu. Msti ada nama lain bg durian belanda di S'wak.
senang nak cari kalau balik ke kampung, sebab dekat laluan kuala pilah tu memang ada jual.
Sya kna blik kg dulu la br blh beli buah durian belanda ni ye. Kat tmpt Sya duk skrg ni mmg mustahil nk ada org jual kot.
saya ada jual puri durian belanda, anak pokok pun ader..
beli kat pasar tani ada je orang jual
Yg org jual tak akan sama yg kita buat dan proses sendiri sbb kita tak pasti status kebersihan dan keaslian jus tersebut. Jus yg dijual di pasar tani/malam biasanya bkn 100% asli sbb dicampur perisa/kordial.
Post a Comment