Jus durian belanda yang diproses daripada buah durian belanda segar.
Buah durian belanda terkenal dengan khasiatnya yang sangat berguna untuk kita. Tak ramai yang suka makan buah durian belanda secara segar dek kerana rasanya agak masam. Saya boleh menghabiskan sebiji buah durian belanda tanpa sebarang masalah. Buah segar, ramai tak nak makan tapi bila dah diproses menjadi jus..sekejap saja ia dah lenyap dari pandangan mata. Nak buat jus daripada buah durian belanda ni agak mudah. Ambil buah durian belanda yang masak, belah dan ambil isinya. Perhatian! Buang semua biji yang ada dalam buah ini sebelum dikisar. Biji buah durian belanda mengandungi toksik dan boleh menyebabkan keracunan. Isi buah durian belanda dikisar bersama air, susu pekat manis(bukan susu sejat/cair) dan ais. Jus ini boleh ditapis tapi ia lebih sedap jika tak ditapis kerana serat daripada buah ini boleh kita telan semasa minum. Sungguh menyegarkan!