VIP Dedaun Alam

Monday, June 13, 2011

Ekor Kucing

Pokok ekor kucing

Nama Botani : Acalypha Hispida
Famili : Euphorbiaceae

Pokok bunga ekor kucing berasal dari India. Ia biasanya ditanam sebagai  pokok hiasan. Pokok ini dibiakkan melalui keratan batang. Pokok ekor kucing berketinggian sekitar 2.5 meter.

Pokok hiasan ini juga mempunyai khasiat dalam perubatan tradisional. Air rebusan akar pokok ekor kucing diminum untuk merawat batuk bedarah. Bunganya yang direbus dan diminum air rebusan tersebut juga dikatakan dapat menyembuhkan batuk berdarah. Bunga bersama daun ekor kucing direbus dan disapu pada luka dan ulser. Air rebusan ini diminum untuk melawasakan pembuangan air kecil dan besar. Daun ekor kucing direbus dan diminum sebagai rawatan untuk seriawan. Daun ini dilumatkan dan ditampal pada bisul untuk merwat penyakit tersebut. Batang atau ranting pokok ekor kucing yang direbus dan diminum dipercayai dapat merawat penyakit asma.

2 comments:

  1. Hari tu..jalan2 kedai bunga, wow....boleh tahan bunga ekor kucing ni....merah menyala....

    memang sesuai dijadikan penghias laman.....
    sapa2 yg minat lanskap.....boleh buat taman kecil kat laman rumah...

    segar mata memandang.......kombinasi hijau dan merah.....menceriakan suasana.......

    ReplyDelete
  2. Pkk bunga ekor kucing lbh cantik jika kita jaga dgn baik. Kna selalu pangkas supaya ia kekal dgn bentuk yg menarik. Kalau dibiarkan, ia akn tinggi tnpa kawalan. Pk ni pn tmasuk dlm kategori pkk hiasan klasik.

    ReplyDelete