Thursday, May 27, 2010

Lat Tut

Inilah rupa lat tut

Lat tut dari jarak dekat
Lat tut? Apa itu lat tut? Namanya agak unik dan pelik. Mungkin juga pembaca tidak pernah mendengar nama lat tut dan tahu mengenainya. Lat tut merupakan sejenis rumpai laut yang dijadikan ulaman di kalangan penduduk Langkawi. Lat tut ini biasanya tumbuh di laut yang agak dalam dan perlu menyelam ke dasar laut untuk memperolehinya. Lat tut seperti dalam foto di atas saya beli di pasar basah dengan harga RM7.00/kg. Lat tut tidak selalu didapati di pasaran kerana ianya bermusim. Rasanya sedikit masin, rangup, lembut dan mempunyai bau seperti air laut kerana ia hidup di dasar laut.

7 comments:

  1. tgk yg close up 2 cm seram plak...hehehe

    ReplyDelete
  2. ezzyra : Seram apa pulak??? Nmpk mcm sesungut alien ke??

    ReplyDelete
  3. salam ingatkan apa la lat tut...ingatkan incik daun salah taip ke heheheh...mula tu akk ingatkan kerabu sare.....atau pkk yg sama ngan kerabu sare tu...cicah apa sedap, budu ke, kira agak mahal juga lah ya

    ReplyDelete
  4. Rosaliza : Salam, hehe..betoi dh taip td tu. Tu mmg namanya kat sini. Sare tu tak sama dgn lat tut ni. Sblm ni cuba cicah ngan budu tp x sesuai sbb lat tut dh rasa masin, kna cicah sambal belacan yg ada kerisik tu br best. Mhl sbb pyh nk dpt tp beli RM1 pn x hbis nk mkn.

    ReplyDelete
  5. aah...rpa cm alien....hahaha

    ReplyDelete
  6. Pasar mana eh? Nak sgt2 best :(

    ReplyDelete
  7. Lat tut atau latut ni saya kat pasar di Langkawi. Lat tut ni pyh nk dpt kat tmpt lain, kalau ada pn di Sabah.

    ReplyDelete