Untuk entri kali ini, Dedaun Alam lari daripada kebiasaan. Tiada info mengenai pokok atau tumbuhan tetapi satu menu istimewa dari Langkawi. Saya yakin ramai pembaca yang tidak mengenali menu atau lauk yang dipaparkan dalam foto di atas. Mungkin jawapan pembaca lebih kepada hati atau limpa lembu. Lauk mentah yang terpapar di atas adalah hati ikan pari. Ia biasanya diperolehi daripada ikan pari yang bersaiz gergasi (melebihi 1 m lebar). Hati ikan pari agak sukar untuk didapati di pasaran kerana permintaannya tinggi dan ikan pari bersaiz gergasi tidak selalu diperolehi oleh nelayan. Hati pari biasanya digoreng dengan kaedah tertentu kerana teksturnya agak lembut dan mudah hancur. Di Johor, hati pari dimasak dengan kaedah pais(dibungkus menggunakan daun pisang dan dibakar di atas bara api). Hati pari dipercayai boleh merawat penyakit tertentu.
oh..sya tak pernah makan
ReplyDeletesedap ke? besar tui macam hati lembu je
oh... ingatkan hati ayam, tapi mcm bsr sgt..
ReplyDeleteSayangsayangibu : Rasanya tak sama mcm hati ayam atau lembu tp mpunyai rasa yg unik dn blh dikatakan sedap juga. Saiznya lbh kurang sebesar hti lembu.
ReplyDeleteSari Yusa : Hati ikn pari mmg besar saiz dia. Sekali tgk mcm hti lembu. Semakin besar ikan pari, makin besar la hati dia. Hati pari pyh skt nk dpt kat pasar basah.
ReplyDeletebasarnya...nmpak cm hti lembu or ayam je..
ReplyDelete1st time tgk hati ikan pari! sama tak rasanya dgn hati ayam dan lembu? E-na x mkn hati...he he
ReplyDeleteezyra : Saiz hati ikn pari ni mmg bsr tp lbh kcil sdkt bbanding hati lembu.Abe first time tgk pn x jgka itu hti ikn pari.Dh byk kali mkn.Sdp jg rasa dia.
ReplyDeleteE-na Zarina : Hehe..ramai yg tak penah tgk hati ikn pari ni. Sbb tu la sy ltk tjuk dia menu istimewa dr lgkawi. Rasa hati ikn pari jauh bbeza dgn hti ayam atau lembu.Ia btekstur lembut tdk spt hati lembu yg agk pejal.Bila tlh masak,kita seolah2 mkn puding je.Sgt2 lmbut dn mdh hncur.
ReplyDelete