VIP Dedaun Alam

Sunday, January 1, 2012

Bougainvillea @ Bunga Kertas

Pokok bunga kertas.

Pokok bunga kertas atau bougainvillea berasal dari Brazil. Ia ditanam diseluruh dunia sebagai pokok hiasan kerana bunganya yang cantik dan mempunyai pelbagai warna. Pokok yang berasal daripada famili Nyctaginaceae dibiakkan melalui keratan batang, cantuman dan tut. Pokok bunga kertas sebenarnya jenis pokok berkayu yang memanjat dan menjalar. Antara kelebihan pokok ini ialah ia boleh dicantum dengan spesis bunga kertas yang lain pada satu pokok. Ia akan mengeluarkan bunga yang berbagai warna. Pokok bunga kertas juga boleh dijadikan bongsai dengan memangkas secara berjadual.

Sebenarnya pokok bunga kertas bukan sekadar pokok hiasan, ia juga mempunyai khasiat tersendiri dalam perubatan herba tradisional.  Daun pokok bunga kertas yang segar dilumatkan boleh digunakan untuk merawat luka kecil. Daun yang dilumatkan ditampal pada tempat luka. Akar pokok bunga kertas direbus dan diminum untuk meredakan demam panas dan sebagai julap (atasi sembelit). Air rebusan bunganya pula diminum sebagai penawar batuk. 

10 comments:

  1. bunga api xde?hehe...tayang bunga kertas tahun baru ni...heheh

    ReplyDelete
  2. Bunga api ada tapi jauh sgt nk amek gmbr.. Dgr bunyi kebabom..kebabomm je. Bunga kertas pn ok la utk smbut tahun baru 2012 ni. Lbh cantik dn indah drp bunga api yg meletup2 tu..haha..

    ReplyDelete
  3. tgk kt tagkap umh td ingatkan bunga esk masih ada.. sbb kaler dia sama ngn bunga tu, purple dan putih.

    ReplyDelete
  4. Bunga esok masih ada atau Yesterday, Today & Tommorow tu dh ada dlm blog ni.

    ReplyDelete
  5. baru arini tau khasiatnya... suka ngan bunga nya yg pelbagai dan senang di jaga...

    cantiknya bunga kat atas tu, buat sendiri ke tut tu?

    ReplyDelete
  6. Pkk bunga kertas sng dijaga tp kalau tak kena cara, ia akan subur tanpa berbunga. Bunga dlm foto bkn yg saya punya. Kat kg, saya ada tnm lbh 30 pasu bunga kertas pelbagai warna dan masih ada hingga skrg.

    ReplyDelete
  7. cantik n tahan lama bunga kertas ni kan, akk pun suka

    ReplyDelete
  8. Bunga kertas thn lasa dan berwarna warni. Nk jaga pn senang. Umah kat kg byk pkk bunga kertas ni.

    ReplyDelete
  9. saya baru tahu kegunaan perubatan bunga nie...saya suka buat kacuk dengan bunga lain dalam satu pokok..bila bunga berwarna warni

    ReplyDelete
  10. Saya pun suka bunga kertas sbb bunga cantik dan pelbagai bentuk serta warna. Bila dikacuk(cantum) dgn baka yg berlainan, ia lebih menarik. Khasiat pkk di sekitar byk yg kita terlepas pandang, skrg org lbh memilih ubatan kimia berbanding herba.

    ReplyDelete