Pokok paku pakis Ribu-ribu yang melilit pokok lain.
Nama Botani : Lygodium microphyllum R. Br.
Famili : Schizaeceae
Ribu-ribu merupakan tumbuhan jenis paku pakis yang mudah dijumpai . Ia tumbuh dengan melilit pokok-pokok lain di kawasan yang terdedah dengan cahaya matahari . Pokok Ribu-ribu ini adalah antara bahan utama dalam seni kraf terutama yang melibatkan anyaman untuk ikatan. Bahagian yang digunakan untuk anyaman ialah batang pokok Ribu-ribu yang panjang dan liat. Ia tidak mudah putus dan agak kuat. Anyaman tulang belut dapat dibuat dengan sempurna oleh mereka yang pakar menggunakan batang pokok Ribu-ribu ini. Batang pokok Ribu-ribu juga bolh digunakan untuk membuat jut. Jut merupakan alat tangkapan ikan yang sangt tradisional. Jut dibuat dengan menganyam batang pokok Ribu-ribu dan menjadi perangkap ikan. Saya pernah belajar membuat jut daripada arwah bapa. Saya yakin tidak ramai yang mengenali jut ini.
sekali baca-rabu rabu...hehe
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletenasib baik tu daun.. kalau duit kan dah dpt juta-juta dah tu.. bkn ribu-ribu dah
ReplyDeleteAssalam...lamanya tak nampak poko ribu2 ni, jut tu sama ke ngan TUA, masa kecil2 dulu tahan tua di parit . Banyak guna pokok ribu2 ni
ReplyDeletebiasa dengan pokok ribu-ribu jenis bulat,jenis ni lagi kuat melilit dan mengerumun,tak kena buat pokok ribu3 ni...akan menutup pokok2 yg dipanjat......
ReplyDeletemasa budak2....tarik dan buat tutup kepala ....main askar2....
kita pergi perang mulut.....dan boleh buat khemah.......
itulah pokok ribu2 kalau yg muda lembu pun suka.....
Assalam.
ReplyDeleteAgaknya apanya yang sebabkan ia dipanggil ribu-ribu? Lilitannya, atau gigi-gigi yang macam mata geraji pada daunnya yang banyak itukah?
Berguna juga tumbuhan yang boleh menutupi dan mematikan tumbuhan lain itu, ya?
usahkan jut, pokok ribu2 kalau jumpa kat luar, belom tentu kenal...hehehehe
ReplyDelete@ezzyra
ReplyDeletePokok rabu rabu takde, pokok nasi kerabu ada..
@alla
ReplyDeleteHehe..kalau daun tukar jadi duit, ribu ribu X ribu ribu = juta juta.
@EmbunRosaliza
ReplyDeleteakak duk di kota metropolitan, mana nk nmpk pokok2 klasik mcm ni. Kalo kat kwsn kg, belukar, semak, kebun dll tu byk la pokok ribu ribu ni. Jut tu dibuat guna btg pkk ribu2 ni. Anyam bentuk corong. Tuar tu kita buat guna buluh. Bentuk mcm sangkak ayam dan fungsinya hampir sama dgn bubu atau lukah.
@Temuk
ReplyDeleteAs salam cikgu,
Rasanya ia dipanggil pokok ribu ribu kerana apabila ia melilit pokok lain, jumlah sangat banyak biarpun daripada hanya sepokok ribu ribu. Batang pokok ribu terlalu banyak sehingga sukar dikira oleh orang yang menjumpainya. Maka dianggapnya, jumlah pokok tu ribu-ribu(banyak).
@zul permatang badak
ReplyDeletePokok ribu ribu ni byk spesis. Blh dibezakan melalui bentuk daun. Yg dlm foto ni digunakan untuk membuat anyaman dlm seni kraf. Batang sangat kuat dan liat. Pokok ribu ribu akan melitupi pokok yg dililitnya tapi ia tidak mematikan pokok yg dililit. Kalau pkk sealput tunggul, pokok yg dililit blh kering dan mati. Pkk ribu ribu yg muda masih lembut, lembu blh kunyah tp bila dh tua, lembu dh tak sanggup nk mamah rasanya sbb liat sgt..hehe..
@Melati Qistyna's Mummy
ReplyDeleteJut tu alat menangkap ikan yg sangat tradisional, payah dah nk tengok jut. Kalau pokok ribu2 ni masih byk lagi. Duk kat bandar besar pyh la nk jumpa pkk ribu2 ni.. Habih duit ribu2 tu ada la..hehe..
pernah tgk pokok ni.. pernah main ngn pokok ni zmn kecik2 dulu.. tp skrg dh lama x nampak pokok ni..
ReplyDeleteLady dok kat bandar kot skrg, pyh la nk tgk pkk ni. Kalau di kwsn kg, kebun, ldg ia masih byk tumbuh.
ReplyDeleteAssalam en daun, pas tgk n komen n3 ni akk tgk ada sepokok kecil pokok ribu2 ni kat tepi pagar sekolah tu heheh, tak sangka lak, tak perasan rupanya ada
ReplyDeleteAs salam kak rosa,
ReplyDeleteSelamat tahun baru 2012.. Kalau ada pkk ribu-ribu yg kecil, mknanya ada pkk yg besar dekat2 situ. Ribu-ribu membiak dengan spora.
Salam Selamat mlm tuan.Saya nk tahu dekat mana nk dapat.Ada jual dimanayaa Pasar Chow kit Kuala Lumpur ada tk.tel Saya Ismail 0163767946
ReplyDelete