Friday, December 16, 2011

Dendang Selayang @ Black Naped Oriole

Dendang Selayang atau Kunyit Besar

Singgah sebentar sambil berkicau diranting pokok rhu.


Burung Dendang Selayang yang juga dikenali dengan nama Kunyit Besar, Kunyit Dada Leper dan Black Naped Oriole. Nama saintifik bagi burung ini, Oriolus chinensis daripada famili Oriolidae. Burung Dendang Selayang berwarna kuning keemasan dan mepunyai jalur hitam pada bahagian mata, tepi kepala sehingga ke bahagian belakang kepala. Sayap dan ekornya berwarna kuning dan hitam. Paruh berwarna oren muda. Burung betina berwarna kuing kehijauan pada bahagian atas badan dan atas sayap. Panjang keseluruhan burung ini adalah 24 - 28 cm. Musim membiak bagi burung Dendang Selayang ialah pada bulan Disember hingga Jun setiap tahun.

Burung ini mengeluarkan bunyi siulan atau kicauan yang agak kuat dan merdu iaitu, kwia-lu, u-dli-u, u-lu-lu, u liu secara berulang-ulang. Ia juga mengeluarkan bunyi kyehhrr

Akta 76/72, spesis ini diperlindungi sepenuhnya.

16 comments:

  1. Mengikut Akta 76/72, burung Dendang Selayang atau Kunyit Besar ni diperlindungi sepenuhnya. Ia tak blh ditangkap atau dibela.

    ReplyDelete
  2. cntiknya...x penah dgr plak bnyi2 burung cm 2..

    ReplyDelete
  3. Burung ni mmg cantik. Ni abe amek gambr masa gi tmn permainan lps beli tiket nk blik tu. Egie msti dgr bunyi burung ni sbb ada sekali pg tu.

    ReplyDelete
  4. dah nama pun dendang delayang..selayang pandang jela...takleh nak bela.heh

    ReplyDelete
  5. Hehe..selayang pandang je kita blh tgk burung ni. Kalo tangkap dn bela, kita pula yg ditangkap oleh Perhilitan.

    ReplyDelete
  6. Burung ni suka berkicau sbb tu abe tau ia ada kat tmn masa tu. Nmpk tak abe dok snap gmbr masa Nis main buai tu?

    ReplyDelete
  7. Kwia-lu, u-dli-u, u-lu-lu, u liu
    Kunyit besar berdendang selayang
    Rindu merindu dari dahulu
    Burung di sangkar kepunyaan orang.

    Baiklah rindui ia yang ceria di ranting rhu.

    ReplyDelete
  8. Dendang selayang berkicau riang,
    Di ranting rhu setia menanti,
    Biar kita rindu dan sayang,
    Itulah tanda kasih sejati.

    ReplyDelete
  9. cantik burung kunyit ni,tapi hanya boleh dipandang...

    ReplyDelete
  10. Burung kunyit ni diperlindungi sepenuhnya sbb ia dh semakin pupus skrg ni. Kita hanya boleh pandang dan dengar bunyinya saja. Tangkap atau bela tak boleh.

    ReplyDelete
  11. memula tu ingatkan nak bercerita pasal poko heheh, rupa2nya burung kunyit. Cantiknya burung ni, agaknya hidup di kawasan berhampiran laut kut

    ReplyDelete
  12. Cerita pasal burung kuniyt besar atau dendang selayang pulak ni. Burung ni mmg cantik, suaranya pn cantik. Kat KL pn ada burung ni, penah tgk terbang dan berkicau di Sri Hartamas masa ada belukar dulu. Skrg tak tau ada ke takdak lagi.

    ReplyDelete
  13. comel burung ni.. kalau lady dpt ni.. lady bela die baik2.. hehehehe..

    kasikurung dlm sangkar.. kesiannye.. ;(.. huhuhu

    ReplyDelete
  14. Burung kunyit besar atau dendang selayang ni mmg comel tp kita blh bela sbb ia diperlindungi sepenuhnya. Kalau Lady tangkap dan bela, Lady pulak yg kena tangkap nanti.

    ReplyDelete