Anak mentadak atau nimfa yang sebesar kerengga.
Mentadak yang dikenali dengan nama kekchong dan sudu senu oleh penduduk Kelantan merupakan serangga karnivor. Terdapat lebih 2,200 spesis mentadak di seluruh dunia. Ia terdiri dalam 15 famili yang berbeza tetapi kebanyakan mentadak yang dijumpai sekarang adalah dalam famili Mantidae. Serangga ini mempunyai sepasang kaki depan yang unik untuk menangkap mangsanya. Ia menjadikan serangga lain seperti belalang, lalat, semut sebagai makanan. Mentadak bertindak sebagai kawalan serangga perosak secara biologi. Ia menggunakan teknik serang hendap untuk memerangkap mangsa sebagai makanannya. Kepalanya mampu berpusing hampir satu pusingan, ia juga boleh melompat dan terbang dalam jarak sederhana. Mentadak mempunyai kebolehan untuk menggunakan teknik penyamaran diri atau camouflage sepertimana sesumpah dan cicak kubing untuk mengelak daripada musuh..
kekchong dok posing baek tuh..kena nt=yanyi sket br ada aksi hehe
ReplyDeleteTeringat jaman kecik2 dok main ngan adik2 nyanyi lagu, mentadak mentadu, cemana .... Tido....hehehehe
ReplyDeletedia blh tukar2 kaler gk kn.. menyamar
ReplyDeleteelok je posing mentadak tu
ReplyDeletekat kg sekarang susah nak jumpa pok sudusenu....kerana aktiviti meracun rumpai,secara tak langsung akan memberi kesan membunuh habitat serta serangga......
ReplyDelete@lina_pg
ReplyDeleteDlm gmbr nmpk baik kekchong tu posing tp yg sebetoinya agak pyh nk amek gmbr tu. Kekchong yg masih kecik ni tak reti dok diam. Dh elok2 kita fokus..tau dh takdak..rupa2nya melompat naik ke lensa kamera. Nk nyanyi pn rasanya kekchong ni tak berapa tau lagi sbb masih bayi..hehehe..
Melati Qistyna's Mummy
ReplyDeleteHehe..itu la lagu paling popular bila kita nmpk mentadu mentadu ni. Yg bestnya bila nyanyi atau tanya mentadak ni, ia akan buat aksi yg berlainan seolah2 ia fhm dgn bahasa kita.
@alla
ReplyDeleteKekchong ni mmg blh buat penyamaran atau camouflage. Abe lupa nk tulis dlm entri. Nti nk update. TQ ye.
@kasihibu
ReplyDeleteMentadak dlm foto ni masih baby lagi. Bkn tau dok diam. Bila dh snap foto, nmpk mcm posing tp perhatikan foto tu sedikit blur sbb ia sedang bergerak2.
@zul permatang badak
ReplyDeleteMemang dh pyh nk jumpa kkchong atau sudu senu ni. Sepanjang saya duk sini, tu kali pertama saya jumpa mentadak. Masih ank2 lagi. Ibu dan ayahnya tak nmpk la pulak. Byk sgt org guna racun utk membunuh serangga perosak dan serangga baik mcm mentadak turut terbunuh. Kesian betoi.
lame dah rasa tak dengar org sebut sudusenu..huhu
ReplyDeleteSudu senu ni nama panggilan bagi mentadak di sesetengah daerah di Kelantan. Ada yg memanggilnya kekchong.
ReplyDeletecengkadak...dulu suka tangkap buat main2
ReplyDeleteDi Perak, mentadak dipanggil cengkadak ye. Saya ingat kot cengkadak tu cengkerik...hehe..
ReplyDeleteAs-salam
ReplyDeleteWow, takut juga tengok ekor baby sudu senu melengkung begitu, macam jarum kala jengking yang nak menikan mangsanya!
Memang ramai zaman kecil-kecil dulu kita perintah si cengkadak tunjukkan macam-macam gaya....Kalau terjumpa seekor esok lusa mungkin saya boleh tanya dia "macam mana bloggers berfikir?".
Oo bayi lagi rupanya, patut la kaler gitu pong. Biasa akk tgk kaler ijau je
ReplyDelete@Temuk
ReplyDeleteAs salam cikgu, baby sudu senu ni masih kecil. Mula-mula saya tgk, nmpk mcm semut atau kerengga yg merayap. Jumlah lbh 50 ekor masa tu. Ia buat gaya kala jengking mungkin sbg teknik utk mengelirukan musuh. Cengkadak yg saya jumpa ni, tak pula saya bertanya gaya tidur sbb ia masih baby dan blm faham lagi..hehe..
@EmbunRosaliza
ReplyDeleteKekchong ni masih baby lagi. Masa amek gmbr ni, ada lbh 50 ekor baby kekchong yg merayap2 mcm semut merah.
Dekat mane tempat yg byk mentadak ye
ReplyDelete