Wednesday, January 25, 2012

Nipah

Pokok nipah yang tumbuh di tebing sungai berhampiran jeti Tok Bali, Pasir Puteh.

Nama Botani : Nypa Fruticans
Famili : Arecaceae

Nipah sejenis tumbuhan palma daripada famili arecaceae yang biasa dijumpai tumbuh meliar di kawasan paya berhampiran dengan pantai. Pokok nipah mempunyai batang yang pendek dan pada hujung batang ini terdapat pelepah daun yang panjangnya sehingga 6 meter. Daun nipah tirus panjang dan agak keras tersusun rapi di sepanjang pelepahnya. Nipah membiak melalui biji benih yang dihanyutkan air kerana sifatnya yang terapung. Ia juga mebiak melalui rumpun pokok yang hanyut.

Daun nipah dijadikan atap dengan menyusun dan melipatkan pada buluh dan dijalin menggunakan batang bemban yang dibelah. Atap nipah semakin kurang mendapat tempat kerana pilihan bahan sebagai yang pelabagi dan kepakaran membuat atap nipah semakin lenyap. Pucuk nipah juga digunakan untuk membuat rokok daun atau daun rokok. Pucuk nipah dibuang selaputnya, dijemur dan setelah kering ia dipotong mengikut saiz kira-kira 10cm. Buah nipah boleh dimakan segar, isi buah nipah hampir sama dengan buah kabung. Nira nipah yang dihasilkan daripada tandan buah yang masih muda boleh diminum dan ia dikatakan sangat baik untuk kesihatan. Nira nipah juga boleh dijadikan manisan atau gula nipah. Bunga serta buah nipah muda dimakan sebagai sayuran, dimasak lemak dan kerabu.

12 comments:

  1. tak ingat ....caro2 nok spak daun pucuk.....
    dulu rajin jugok main2.....tengok oghe tuo2 buat kito ikut belajar.....

    ReplyDelete
  2. Dulu2 akk mcm pelik je tgk rokok daun, dah tua2 baru kenal pkk nipah, maklum la dok bukit heheh

    ReplyDelete
  3. sulu, suka buat main daun nipah~

    ReplyDelete
  4. Byknya kegunaan dr sepohon nipah... X penah tgk real pokok ni, teringin nak try nira nipah, org kata sedap...

    ReplyDelete
  5. @zul permatang badak
    Beso tgk dn try sepat pucuk nipah ni ye. Saya takdok pengalaman dgn pkk nipah sbb dok jauh dr pantai sblm ni.

    ReplyDelete
  6. @Shaiful Zaidi
    Nira nipah mmg sedap. Kat sini ada org jual di pasar mlm dgn harga RM3 sebungkus. Cukup utk segelas besar tambah ais.

    ReplyDelete
  7. @EmbunRosaliza
    Dulu2 selalu tgk org2 tua hisap rokok daun tp masa tu tak tau rokok tu org buat gna apa. Dh besar br tau gna pucuk nipah. Smpai skrg masih org hisap rokok daun ni.

    ReplyDelete
  8. @MZ
    Daun nipah ni dulu2(masa kecik) Marniey suka buat main ye? Main masak2 la tu kot. Saya ni dh besar br kenal pkk nipah..hehe..

    ReplyDelete
  9. @Melati Qistyna's Mummy
    Nipah byk kegunaannya. Kegunaan utamanya sbg penghalanh hakisan tebing sungai. Daun, buah, bunga semua ada manfaat utk kita. Pkk nipah byk tumbuh di muara sungai berhampiran laut/pantai. Nira nipah mmg sedap, rasanya lbh kurang sama dgn nira kelapa tp lbh kuat rasa gasnya.

    ReplyDelete
  10. lady br tahu nipah membiak menggunakan biji benih.. lady ingat anak pokok.. sebab saiznye yg besar tu..

    ReplyDelete
  11. Nipah membiak melalui biji benih iaitu buahnya yg terapung di permukaan air. Buah nipah akan dihanyutkan air dan apabila di tempat yg sesuai, ia akan bercambah. Nipah juga membiak melalui rumpun pkk yg terpecah dan hanyut.

    ReplyDelete