Thursday, September 22, 2011

Kacang Panjang

Kacang panjang bukan sekadar sayuran dan ulaman tetapi ia mempunyai khasiat dalam perubatan herba tradisional.

Kacang panjang jenis ungu yang jarang ditemui.

Nama Botani : Vigna Unguiculata
Famili : Leguminosae

Kacang panjang dipercayai berasal dari negara China dan ia banyak ditanam secara meluas di Malaysia kerana permintaan tinggi dalam pasaran tempatan. Buah kacang panjang dijadikan sayuran dan ulaman. Manakala pucuknya juga boleh dimasak lemak. Ramai yang tidak mengetahui sebenarnya kacang panjang juga mempunyai khasiat dalam perubatan herba.

Buah kacang panjang dimakan sebagai herba untuk tenaga. Ia juga dikunyah sebagai penghilang dahaga dan dapat merawat cirit birit. Selain itu, ia juga dipercayai boleh mengatasi masalah terlalu kerap membuang air kecil. Buah kacang panjang dibakar, abunya dicampur bersama air panas dan diminum untuk memudahkan proses bersalin. Abu buah kacang panjang yang dibakar dan dicampur minyak kelapa boleh digunakan untuk merawat kulit yang melecur kecil.

Daun kacang panjang yang dilumatkan kemudian sapu pada payudara untuk merawat bengkak payudara bagi ibu lepas bersalin. Buah kacang panjang ditumbuk dan perah airnya kemudian sapu pada payudara untuk menjadi payudara lebih cantik dan menarik. Petua ini digunakan sejak sekian lama di Indonesia.

10 comments:

  1. Byknya khasiat, buah tu adakah yg pjg itu atau bijinya di dlm? :)

    ReplyDelete
  2. kace pnje ni kompom snap umah bonda hehehe.Ari tu blik kg, buah duku palembang menguning tp masih msam lagi

    ReplyDelete
  3. :Melati Qistyna's Mummy
    Byk khasiat kcg pjg ni. buah tu merujuk kpd buah iaitu kulit bersekali dgn bijinya. Kalo biji saja disebut biji benih..hehehe..

    ReplyDelete
  4. :lina_pg
    Kace panje ni snap kat kebun bonda la. Sblm raya lagi., skrg dh takdak pkk kace panje yg hijau tu. Bonda dh buang. Masa balik beraya hari tu, buah masih hijau dn kecik lg.

    ReplyDelete
  5. time mahal 7/8 urat je singgit..............bila tanam sendiri sampai tua kat kebun,jemu juga hari2 makan sayur kacang....

    ReplyDelete
  6. Betul tu...masa mahal kacang pjg ni seikat ada tak sampai sepuluh urat je. Yg tnm sendiri ni bila nk mkn blh petik segar dr kebun. Dn yg penting ia bebas racun serangga.

    ReplyDelete
  7. Assalam, bestnya mnjadi je kan pkk n buah kace tu, suka tgk, ari tu bz tak sempat nak msk byk2 jenis, goreng ngan hati sekali n msk putih sekali..kalolah ada pkk kat umah ni mmg best je nak buat ulam cicah budu,...krup krak krup krak

    ReplyDelete
  8. As salam kak rosa,
    Tangan bonda mmg menjadi kalau menanam pkk ni. Masa raya dn kenduri tu mmg bz, msk pn simple2 je. Tapai ubi kayu yg beli kat bazar Ramadhan pn x smpt mkn. Dh blik ke sini baru teringat... Kat sini mmg tak akn ada tapai ubi kayu tu. Org kat sini pn tak kenal tapai ubi kayu tu..

    ReplyDelete
  9. tu dia...bnyk kebaikan kacang panjang yg adry kongsi dgn kita...tq tuan blog!

    ReplyDelete
  10. Kacang pjg ni bkn hanya sebagai sayuran.ulaman tp ia juga pnyai kebaikan lain utk kita.

    ReplyDelete