Pokok tebu hitam
Nama Botani : Saccharum sp.
Famili : Graminae
Tebu merupakan tumbuhan daripada famili Graminae iaitu sama seperti rumput dan buluh. Pokok sangat penting dalam pengeluaran gula di seluruh dunia. Terdapat dua jenis tebu yang biasa ditanam iaitu tebu kuning dan tebu hitam. Pokok tebu tumbuh secara berumpun dengan ketinggan diantar 1 meter hingga 4 meter mengikut spesis. Batang pokok tebu mempunyai ruas dan buku. Buku adalah bahagian dimana daun pokok tebu keluar.
Pokok tebu hitam mempunyai khasiat dalam perubatan herba tradisional. Akar pokok tebu hitam (tiga genggam) dicuci dan kemudian direbus. Air rebusan ini diminum pada waktu pagi dan petang untuk meredakan jantung berdebar. Batang tebu hitam diperah dan ambil airnya. Air perahan tebu hitam diminum untuk mengurangkan kepanasan badan. Untuk merawat batuk, batang tebu hitam dibakar dan perah airnya. Air perahan tersebut diminum untuk meredakan atau merawat batuk.
17 comments:
byknya khasiat tebu, selain tu dpt menguatkn gigi hehe apa taknyank mkn tebu gigit kulit tebu pas tu kunyah2 maunya gg tak kuat kan hehehe, kenagan jaman doluu
Tebu hitam yg ada khasiat utk perubatan. Masa kecik2 dulu, mmg kupas tebu guna gigi je. Pecahkan btg tebu lps kupas pn gna gigi. Tebu hitam yg keras tu pn main kupas guna gigi jugak.. Sengal gusi..haha..
tebu hitam untuk perubatan belum tanam,cuma tanam tebu hitam besar,macam tebu kuning.........manis airnya....
betul tu, tebu itam setahu saya boleh sejuk kan badan.... tp kt sini yg kering je, jual kt kedai sinseh :P
tebu hitam boleh di rebus dgn sup kan?
:zul permatang badak
Tebu hitam yg cikgu tanam tu digunakan utk buat gula kn. Airnya mmg sgt manis. Batangnya agk keras berbanding tebu kuning.
:Melati Qistyna's Mummy
Tebu hitam berkesan utk sejukkn badan yg panas tp tak mampu utk sejukkan hati yg panas..hehe..
:kasihibu
Tak tau pulak saya tebu hitam ni blh campur dlm sup. Yg saya tau org rebus je. Sya bgtau ni baru la saya tau..hehe.. Trma ksh ye.
salam...
nti kaler dia wrna htam ke?rasa same ke mcm tebu biasa?
As salam egie,
Tebu ni btg dia kaler hitam. Rasa lbh kurang dgn tebu kuning. Byk jenis tebu hitam yg lbh manis drp tebu kuning tp teksturnya agk keras. Tebu hitam byk ditanam utk pengeluarn gula. Yg dlm n3 ni bkn utk gula tp blh buat ubat. Nk kunyah begitu saja pn blh..
assalamualaikum en daun.
tebu hitam ni mmg rasanya lbh manis dr tebu biasa. org yang terkena santau pn boleh gunakan tebu hitam ni utk berubat tp kenalah ada ustaz yg tlg 'baca2kan' dulu.:)
Wa'alaikumusallam kak anis,
Tebu hitam rasanya lbh manis drp tebu kuning tp ia lbh keras. Spt yg akak kata tu, tebu hitam juga digunakan dlm perubatan Islam sbg medium utk merawat pesakit yg terkena santau. Trma ksh kongsi ilmu akak kat sini.
pgr umh bonda.....
Pagar umah bonda tu sapa la agaknya yg buat ye??
Assalamualaiku,
Saya sedang mencari tebu hitam yang dalam isinya pun hitam untuk perubatan pakcik saya. Sesiapa yang mempunyai tebu tersebut boleh lah menghubungi saya di email msn74@yahoo.com sy akan menghubungi tuan/paun dengan segera. kejasama daripada semua amat diharapkan. Saya dari Klang, Selangor.
Wassalam
Wa'alaikumusallam,
Sesiapa yg ada tnm tebu spt yg sdr Md Samaun Ngadi maksudkan tu, blh hubungi beliau.
utk en Masaudi,saya memiliki tebu yg dimaksudkan dan dh pun emailkan no. tel saya,TQVM admin utk info yg amat bermakna.
Post a Comment