VIP Dedaun Alam

Monday, July 19, 2010

Rambutan

Rambutan yang paling diminati iaitu klon R 191 atau lebih dikenali dengan nama rambutan 'anak sekolah'

Rambutan berkulit kuning ini adalah daripada jenis rambutan gading.

Dari kiri rambutan masam atau rambutan telan, rambutan anak sekolah dan rambutan gading


Nama Saintifik: Nephelium lappaceum L.
Famili: Sapindaceae

Pengenalan

Pokok rambutan berasal dari Asia Tenggara iaitu Malaysia hingga ke Indonesia. Pokok rambutan mempunyai kanopi yang rimbun dan rendang. Ia mampu mencapai ketinggian sehingga 20m. Daun rambutan tersusun secara berpasangan, berselang-seli dengan 3 hingga 9 anak daun. Pokok rambutan mengeluarkan buah dalam satu tangkai di hujung ranting. Buah rambutan berbentuk bujur atau hampir bulat mengikut varieti atau klon. Ketika muda buah rambutan berwarna hijau dan menjadi kuning atau merah setelah masak. Kulit buah rambutan mempunyai rambut/bulu yang berukuran di antara 0.8-1.0cm. Terdapat dua jenis rambutan yang biasa dijumpai iaitu jenis isi lekang dan rasanya manis Satu lagi jenis isi tidak lekang daripada biji dan rasanya masam. Terdapat 193 klon rambutan yang telah didaftarkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia tetapi hanya 7 klon disyorkan untuk ditanam secara komersil iaitu klon R 134, R 156, R 162, R 167, R 170, R 191 (rambutan 'anak sekolah') dan R 193.

Kegunaan Dan Kandungan Nutrien

Buah rambutan biasanya dimakan segar, ditinkan dan dibuat jem. Dalam setiap 100g isi buah rambutan terdapat 84.7% air, Tenaga 59.9, Protein 0.7g, Lemak 0.1g, Karbohidrat 13.9g, Fiber 0.2g, Kalsium 22.0mg, Fosforus 30.0mg, Besi 2.5mg, Thiamin 0.01mg, Riboflavin 0.04mg, Niacin 0.1 mg, Vitamin C 38.6mg.

3 comments:

  1. Saya suka rambutan 'anak sekolah'. Buah rambutan boleh dibuat jus juga. Buang biji rambutan, rebus isi nya dengan sedikit gula. Sejukkan dengan ketulan ais dantambahan air. Rasanya macam air laici.

    ReplyDelete
  2. Rambutan R191 atau 'anak sekolah' yg plg diminati sbb isinya pejal,manis dn mudah lekang. Jus rmbtn mmg sdp tp ada jg org x suka minum sbb takut batuk.

    ReplyDelete
  3. Hi, boleh saya tahu macam mana encik dapat data tentang sebanyak 193 klon rambutan yang telah didaftarkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia? Saya pernah cuba mencari info di laman web JPM tetapi tidak dapat.

    ReplyDelete