Tuesday, July 20, 2010

Kubung

Kubung dalam usaha melarikan diri daripada penulis yang menghalakan lensa kamera ke arahnya.


Memanjat ke tempat yang lebih tinggi dan selamat

"Apa yang orang ni buat kat aku? Lariii....", mungkin itu yang difikirkan oleh kubung comel ini. Ia memanjat pokok ini ke bahagian yang paling tinggi.

Akhirnya kubung ini bersembunyi di sebalik dedaunan pokok cermai.


Kubung (cynocephalus variegatus) daripada famili cynocephalidae dikenali dengan nama Malayan flying Lemur. Kubung bukannya spesis lemur dan sebenarnya ia tidak terbang tetapi mampu meluncur(gliding) menggunakan kulit nipis yang terdapat di antara empat kakinya. Ia meluncur dengan membuka ke empat-empat kakinya ketika melompat di antara pokok ke pokok yang lain. Ramai yang tersalah anggap kubung adalah tupai terbang dan ada yang menyangka ianya daripada spesis kelawar. Kubung aktif pada waktu malam dan adakala ia keluar pada siang hari. Daun muda, pucuk, bunga dan buah menjadi makanan kepada kubung ini. Kubung merupakan haiwan jenis mamalia, ia bunting kira-kira 2 bulan dan melahirkan seekor anak yang dibawa pada perutnya.

8 comments:

  1. salam en daun...dah lama tak tengok menatang ni kan, kubung n kelawar berbeza ke....snap kat mana pic tu..mesti kg tua kan, sbb kg kita pun tak jumpa kubung ni. cuba tukar coment ni pada popup comment, senag sikit nak view heheh

    ReplyDelete
  2. Boleh panggil En Daun ye. Akak pasti En Daun seorang yang 'observant', cepat bertindak menangkap gambar ' kubung'. Saya belum pernah lihat si kubung. Di Melaka ada nama tempat, Kerubung.

    ReplyDelete
  3. kubung tu kluang ke? he he mmg tak tahu ni...

    ReplyDelete
  4. :Rosliza
    Salam kak rosa,
    Dh lama tak tgk kubung ni. Kubung dipercayai wujud sejak 65 juta thn. Kubung tu mmg ada kat blkg umah.Byk kali dh jmpa tp tak smpt nk snap sbb br msuk amek kamera, dia dh gliding ke mana entah.Hr sabtu lps kira nasib baik smpt snap spesis yg sukar dijumpai ni.

    ReplyDelete
  5. :Kak Nora
    Blh kalau akak nk pggil en Daun pn. Nama tu biasa digunakan oleh pembaca setia dn pgunjung Dedaun Alam ni.Gmbr tu sbnrnya sy tangkap hari Sabtu lps.Kiranya sy bnasib baik krn kubung ni spesis haiwan pemalu.Sy smpt blari ambil kamera dlm rmh dn tgkp gmbr kubung ni sblm ia meluncur ke pokok yg lain.

    ReplyDelete
  6. E-Na(Lovely Kitchen)
    Kubung tu bkn keluang. Kubung dlm familinya tersendiri. Keluang dlm famili kelawar. Kubung tdk blh trbg spt keluang tp meluncur dr pkk ke pkk lain.Haiwan yg unik dn hebat pd saya.

    ReplyDelete
  7. Salam en daun..kalo ada lg menatang yg pelik2 yg dh laam tak jumpa buat lah n3 ya..kdg tu kita dh lupa...cicak kubing tak ada ke..tp yg tu akk ingat sikit rupanya mcm pokko gitu heheh.....senang nak buat comment bila gini

    ReplyDelete
  8. Salam kak rosa,
    Ada lg n3 psl fauna yg jrg atau tdk prnh dilihat lps ni.Dh ada gmbrnya,tggu masa nk post je.Cicak kubing dgr khbr ada kat sini tp tak penah tgk lg.Dh lama sgt tak tgk cicak superman tu.

    ReplyDelete