VIP Dedaun Alam

Sunday, July 18, 2010

Labu

Pokok labu. Pucuknya sedap dimasak lemak.
Isi labu kuning ini daripada buah labu madu.

Nama Botani : Cucurbitamoschata
Famili : Cucurbitaceae

Pengenalan

Labu merupakan tmubuhan jenis menjalar dan memanjat yang berasal dari Amerika Selatan. Labu adalah sejenis sayuran yang kaya dengan dengan pelbagai sumber berguna untuk kesihatan tubuh. Selain daripada buah, pucuk dan biji labu boleh dijadikan makanan.

Kegunaan
Buah labu mengandungi vitamin A dan vitamin C yang tinggi. Labu juga mengandungi sumber kalsium, fosforus, zat besi, beta karotin dan serat. Isi labu yang direbus dipercayai dapat merawat tekanan darah tinggi, penyakit kuning dan mengawal diabetes. Isi labu yang dilumatkan boleh digunakan untuk merawat luka kecil seperti terbakar atau luka terhiris benda tajam.

Vitamin A, vitamin C dan Alpha hydrox-acid yang sterkandung dalam labu sangat baik untuk kulit.  Kandungan beta-karotin dalam labu merupakan antioksidan yang mampu mencegah penuaan dan kanser. Zat besi  dapat meningkatkan sistem imun tubuh dan mengurangkan risiko osteoporosis. Labu juga dapat menurunkan potensi untuk mendapat serangan penyakit jantung. Mengikut kajian yang dibuat, dengan memakan 10 biji kuaci biji labu sehari dapat mencegah masalah batu karang.

Biji labu dikeringkan dan ditumbuk halus sebelum dicampur dengan air suam, ditapis dan dimiunm sebelum tidur dapat merawat masalah kecacingan bagi kanak-kanak. Isi buah labu juga boleh membuka selera bagi anak-anak yang kurang selera makan.

Selain buah yang boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakann, pucuk labu juga boleh dibuat masakan seperti masak lemak.

2 comments:

  1. mak sya tanam pokok labu dkebun
    suka tengok buah bergolek golek saja
    tp bila dah banyak tak 'layan' pun

    ReplyDelete
  2. Labu ni kalau tnm utk kegunaan sndiri mmg x leh tnm byk sbb bila buahnya byk tak hbis nk mkn.Blh sedekah kat sedara mara atau jiran.

    ReplyDelete