VIP Dedaun Alam

Monday, July 12, 2010

Salak


Pokok salak ini menghasilkan buah yang lebat. Isinya manis dan sedikit kelat


Nama Botani : Salacca Edulis

Famili : Palmae

Pengenalan

Pokok salak merupakan tumbuhan dari keluarga palma yang tumbuh liar. Namun kini, salak telah ditanam secara komersial. Pokok salak mempunyai duri yang sangat tajam pada kesuluruhan bahagian pokok kecuali daun. Pokok salak terdiri daripada pokok jantan dan betina secara berasingan. Ini bermakna, pokok salak memerlukan pasangan untuk menghasilkan buah. Pokok salak biasanya membiak melalui biji benih dan pecahan rumpun.

Kegunaan

Buah salak memiliki kandungan gizi yang cukup tinggi. Buah salak boleh dimakan secara segar atau dijeruk. Buah salak juga ditinkan, dibuat jus, kaya dan kerepek. Isi buah salak yang masih muda boleh dijadikan rojak. Isi buah salak mengandung kalsium, tanin, saponin dan flavonoida. Buah salak yang muda dapat merawat cirit birit iaitu dengan memakan isi buahnya secara segar dalam kuantiti yang sedikit (lebih kurang 20gm). seperti kebanyakan tumbuhan spesis palma yang lain, umbut salak juga boleh dimakan.

Mengikut kajian, buah salak boleh melambatkan proses penuaan kerana mempunyai bahan anti-oksidan. Ia juga mengandungi phytochemical iaitu bahan kimia semula jadi yang mengurangkan risiko penyakit kanser. Penyelidik Jabatan Seni Kulinari dan Perkhidmatan Makanan Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Terengganu telah berjaya menghasilkan jus dan kaya daripada buah salak.

8 comments:

  1. blum prnh mcuba jus buah salak...biasa menikmatinya secara segar n dijeruk...x sangka plk buah salak blh melambatkn proses penuaan...gud info...

    ReplyDelete
  2. Salam en daun...salak yang dalam gambar tu akk suka bangat, rasanya lebih manis n isinya lembut, tal mcm salak yang biasa di jual...maklumla salak kat kebun sendiri hehehhe. kena mkn salak byk2 ni nak bg lambat tua hikhihkihhk

    ReplyDelete
  3. : Moklong
    Jus salak ni pyh nk dpt di pasaran sbb br diperkenalkn.Mkn la buah salak utk awet muda.

    : Kak Rosaliza
    Salam kak rosa, tu salak yg tbaik. Lgsung tak ada rasa masam. Manis2 kelat gitu. Nk bg lmbt tua mkn la buah salak byk2..he3..

    ReplyDelete
  4. salam en daun.
    tak sangka buah salak ni byk betul khasiatnya. org yg dah berumur mcm akk ni ttu le lbh teruja sbb nak awet muda. hehe...
    akk mmg suka mkn buah salak ni tp ms nak kupas tu je ngeri sikit sbb kulit buah tu tajam wp tak melukakan. selalunya alas dgn tuala tangan. hehe...

    ReplyDelete
  5. Salam kak anis,
    Salak pn ada khasiat juga. Itulah kelebihan buahan tmptn kita. Akk suka mkn buah salak ni blh la awet muda. Ada teknik utk kupas kuilt buah salak yg berduri ni. Ptama, akk masukkn buah salak dlm bekas(org Kelate pggil penyejat) yg ada lubang2 kecil. Ayak buah salak utk hilangkan duri(duri akn keluar mlalui lubang bekas tsbt). Gna pisau utk toreh kulit buah salak secara satu pusingan (dr bhgn ats ke bwh dn ats smla). Kulit buah salak akn mdh utk dibuka. Akk jg blh gna sudu utk kopek kulitnya tajam.Slmt mcuba!

    ReplyDelete
  6. Salam Adry,
    Saya singgah setelah diperkenalkan oleh seorang peminat 'Periuk Kera'. Blog yang informatif. Sudah pasti saya akan kunjung lagi.Oh, saya suka Nasi Dagang dengan gulai ikan tongkol.Tabur kuahnya banyak-banyak atas nasi, sedaap.

    ReplyDelete
  7. Salam kak Nora,
    Trma ksh singgah kat sini. Pak Temuk dr blog Nukilan ada masukkn nama blog saya dlm blog beliau yg hebat tu.Akk suka nasi dagang ye.Rasanya unik kena pula lauknya gulai ikan tongkol,bubuh kuah byk2..Mmg sedap!!

    ReplyDelete
  8. salam en daun.
    terima kasih byk sbb susah payah bg tips2 nak kupas kulit buah salak ni. insyaAllah akan dipraktikkan.:))

    ReplyDelete