VIP Dedaun Alam

Thursday, July 8, 2010

Parsli


Pokok parsli

Nama Botani : Petroselinum Crispum
Famili : Umbelliferae (Ammiaceae)

Pengenalan

Parsli merupakan sayuran ini berasal dari Mediterranean. Ia kini banyak ditanam di negara beriklim tropika terutama di kawasan tanah tinggi. Daun parsli sering digunakan sbagai penghias masakan kerana bentuk daunnya yang menarik.

Kegunaan

Parsli sebenarnya kaya dengan vitamin dan zat galian seperti kalsium, magnesium dan klorofil. Buah dan akar parsli yang dihancurkan air boleh digunakan sebagai tonik untuk rambut dan penawar utnuk merawat nafas berbau. Ia juga membantu melawaskan pembuangan air kecil dan menurunkan tekanan darah. Parsli juga dipercayai dapat membantu meredakan penyakit sengal-sengal tulang, membantu pencernaan makanan dan menguatkan semula otot-otot rahim selepas melahirkan anak. Dan parsli yang dihancurkan kemudian ditampal pada tempat berkenaan dapat merawat bengkak, calar, lebam, luka, terseliuh dan gigitan serangga. Ia juga dapat menghentikan penghasilan susu ibu  jika ditampal beberapa kali pada payudara. Ibu hamil dan ingin hamil tidak digalakkan menggunakan parsli sebagai herba perubatan kerana ia mengandungi apiol yang boleh menyebabkan keguguran. Anda juga tidak boleh memakan parsli secara kerap dan dalam kuantiti yang banyak kerana ia boleh menyebabkan masalah kepada buah pinggang, hati dan sistem penghadaman (perut).

Daun parsli mengandungi 9% air, 41% karbohidrat, 22% protein, 4% lemak, 10% fiber(serat), asid folik, furanokoumarin, glukosid, mineral, minyak esen, pro vitamin A, vitamin B1, B2, B3, B6 dan vitamin C.

5 comments:

  1. selama ini sy tdk prnh th yg daun parsli blh mguatkn otot2 rahim wanita slps melahirkn ank...nnt sy blh sharekn info ni ngn mak sy...

    tp sy ingin th knp wanita hamil n ingin hamil tdk digalakkn utk memakannya...

    ReplyDelete
  2. Salam en daun...daun pasli akk tak pernah guna dlm masakan lagi, tapi pernah mkn yg beli kat kedai je. Byknya kegunaannya. Akk pn nak tau nape org pegnen takleh mkn ni ek

    ReplyDelete
  3. Daun to moklong & kak rosa

    Salam, info tu dh diupdate dlm entri. Bc smla ye.

    ReplyDelete
  4. bile khasiat untk selepas bersalin..maka nak ngandung atau semasa takleh amik sebab leh nyebabkan keguguran atau benih taklehnak lekat di dinding rahim..

    ReplyDelete
  5. Cik Anony(maaf sbb takde nama),
    Parsli tdk digalakkan utk dimkn/diambil sbg herba perubatan oleh wanita hamil dn ingin hamil krn blh myebabkn kegugurn. Lps bersalin br blh mkn utk dptkn khasiatnya.

    ReplyDelete