VIP Dedaun Alam

Monday, July 26, 2010

Kuku Garuda

Pokok kuku garuda yang kurang dikenali oleh generasi muda.

Nama Botani : Polyscias filicifolia / fruticosa (L.) Harms.
Famili : Araliaceae

Pengenalan

Pokok kuku garuda juga dikenali dengan nama pokok siku keluang ini dipercayai berasal dari Indonesia. Pokok renek ini mempunyai banyak variasi yang boleh dibezakan dengan bentuk daun. Daun pokok kuku garuda ini mepunyai bentuk tajam dan bergerigi di bahagian tepi daun. Pokok ini banyak ditanam sebagai pokok hiasan. Ia boleh dibiak melalui keratan batang.

Kegunaan

Pucuk dan daun muda pokok kuku garuda ini boleh dimakan sebagai ulaman dan dijadikan bahan masakan. Akar atau daun pokok ini yang direbus dan diminum boleh digunakan untuk melawaskan pembuangan air kecil serta merawat penyakit batu karang. Daun kuku garuda yang dilumatkan dan ditampal pada tempat berkenaan dikatakan dapat merawat sakit saraf dan reumatik. Ia juga boleh digunakan untuk menghentikan pendarahan yang disebabkan oleh luka kecil.

8 comments:

  1. salam..boleh makan buat ulam kaa daun nie? tok n tok wan tak oernah habaq punggg sbb depa dua tu kaki ulam..pada hal penuh kat pagar umah suatu masa dikg di a.staq dulu..

    ReplyDelete
  2. Salam kak ilah,
    Pucuk pkk kuku garuda ni blh mkn sbg ulam.Org kat sini biasa mkn. Daunnya jg blh dimasukkn dlm masakan.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Hehe..sjk kecik pnggil pokok nie pokok puding. x tao kenapa..

    ReplyDelete
  5. Pokok ni namanya kuku garuda. Ena panggil puding tu sbb tak tau nama betul dia...hehe..

    ReplyDelete
  6. Pucuk pokok ni Klau celur makan Ngan sambal sedap.

    ReplyDelete
  7. Pesakit radang paru-paru Copd

    En. Abd Kadir bin Sumardi berusia 42 tahun ialah pengguna produk jus Jutawan herbs. Beliau telah disahkan mengidap kanser radang paru-paru pada akhir tahun 2020. Petanda awal sakit yang dihidapinya ialah batuk tak berhenti selama 3 bulan. Batuk yang berkahak dan adakalanya berdarah. Setelah mendapatkn rawatan di pelbagai klinik kerajaan dan swasta ,batuk beliau tetap tak sembuh selain itu juga sukar bernafas dan dada terasa sakit sangat.
    Banyak rawatan alternatif dari produk luar yang beliau ambil tapi tak berkesan. Kemudian rawatan hospital diteruskan termasuk prosedur X-ray dan sebagainya. Doktor pun mengesahkan beliau mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran alam sekitar yang mengandungi bahan kimia.

    Untuk makluman, En. Ab Kadir bekerja dalam persekitaran yang mengandungi pencemaran bahan kimia. Dengan bantuan sahabatnya yg telah berkongsi testimoni pengguna-pengguna produk Jutawan Herbs yang lain di facebook Jutawan Herbs, beliau pun menghubungi saya untuk mencuba jus tersebut. Beliau mendapatkan nasihat dan pandangan daripada saya lalu saya mengesyorkan beliau jus-jus yang sesuai dengan radang paru². Alhamdulillah dalam masa 2 minggu minum jus tersebut ,katanya sekejap saja kesan sudah terasa. Batuk samakin berkurang, nafas semakin lancar dan lega, beliau terus mengamalkan 2 jenis jus yang disyorkan selama beberapa bulan sehingga masalah pernafasan dan batuk terus semakin baik. Dari pengalaman yang saya berjumpa pesakit-pesakit sebelum ini, penyakit radang paru-paru copd adalah penyakit yang tiada ubatnya dan pesakit perlu menggunakan oksigen sekiranya semakin teruk. Tapi Alhamdulillah sehingga kini beliau makin sihat dan terus mengamalkan jus ini. Syukur pada tuhan atas kesumbuhan yang diberikan. Semoga maklumat yang sedikit ini dapat membantu pesakit lain juga di luar sana untuk sembuh.
    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okay👇🏻
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


    Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
    Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring
    En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570

    ReplyDelete