VIP Dedaun Alam

Friday, July 23, 2010

Petai Belalang

Pokok petai belalang. Buahnya boleh dimakan mentah atau sebagai ulam


Nama Botani : Leucaena leucocephala
Famili : Leguminosae

Pengenalan

Pokok petai belalang sebenarnya berasal dari Mexico. Pokok petai belalang boleh membesar sehingga ketinggan 4 meter. Ia tidak sesuai ditanam di kawasan tanah berpasir dan tidak mempunyai saliran yang baik. Ia mempunyai daun bipinat dan bersaiz kecil. Petai belalang mempunyai buah sperti petai biasa tetapi lebih kecil saiznya. Petai belalang boleh ditanam menggunakan biji benih dan keratan batang.

Kegunaan

Pokok petai belalang boleh digunakan untuk mengubati diabetis. Rebus akarnya dengan menggunakan tiga cawan air. Biarkan air rebusan itu mendidih sehingga tinggal kira-kira secawan. Air rebusan akar tadi boleh diminum sehari sekali. Daun-daun muda petai belalang yang ditumbuk bersama-sama beras dan ditampal pada kerongkong boleh meredakan batuk. Ia juga boleh merawat kudis campak dengan menyapu ke bahagian kulit.

Daun petai belalang juga berkesan untuk mengatasi masalah kelemumur. Daunnya dibakar, ambil abu dan dicampur dengan minyak kelapa, gosok ke bahagian kulit kepala. Bungkus rambut selama sejam dan kemudian bilas menggunakan air bersih. Daun petai belalang direbus bersama tawas boleh mengubati penyakit kayap. Gunakan air rebusan tersebut untuk mandi dan membersihkan badan.

Selain digunakan untuk perubatan tradisional, petai belalang boleh dijadikan sebagai makanan tambahan untuk ternakan kambing. Walaupun kambing amat menyukai daun petai belalang, pemberiannya sebagai makanan tambahan tidak boleh melebihi 30% kerana daun dan batang petai belalang mengandungi mimosin yang boleh menyebabkan keguguran bulu, kehilangan selera makan, pengeluaran air liur berlebihan dan pembesaran kelenjar tiroid.

8 comments:

  1. ooopppss bagi mkn kambing ek... E-na suka petai belalang yg muda sangat belum ada biji/ biji kecil2 lagi tu makan dgn kulit2 muda yang masih lembut wat ulam mentah...sedap!

    ReplyDelete
  2. Hehe..bg kambing mkn daun petai belalang,kita mkn buah dia.Mmg sdp buah petai belalang muda buat ulam. Yg dh ada biji blh buat smbl tumis.. Sedap tu!

    ReplyDelete
  3. Salam. Sy tengah usaha cari petai belalang ni utk buat ubat. Ni jenis yg besar kan? Boleh x jual kt saya biji benih dia. Nanti sy dposit payment ke dlm acc awk. Bantuan awak amat sy hargai. Faizalrazali@yahoo.com. 012 7827434

    ReplyDelete
  4. Salam sdr. Faizal,
    Petai belalang dlm foto tu jnis besar.Pkk tu dlm tmn herba tp kalau sdr perlukn utk buat ubat, sy blh usahakan utk dptkn biji benih petai belalang ni. Nti sy e-mel sdr.

    ReplyDelete
  5. Kat belakang rumah saya banyak pokok ni. Tak tahu pula banyak kegunaannya.

    ReplyDelete
  6. Pokok petai belalang ni ada juga kegunaannya dlm perubatan herba/tradisional.

    ReplyDelete
  7. boleh saya tau apa kesan mimosin pada manusia

    ReplyDelete