VIP Dedaun Alam

Sunday, July 4, 2010

Etak

Etak salai


Etak merupakan sejenis hidupan sungai. Ia biasanya mendiami kawasan berpasir di dasar semua jenis sungai. Etak berbentuk seakan lokan tetapi bersaiz lebih kecil dan rasanya juga berbeza. Untuk mendapatkan etak dari dasar sungai, sejenis alat tradisional yang dipanggil 'pengokot etok' digunakan. Ia berfungsi untuk menapis pasir dan hanya etak yang diperolehi. Alatan ini digunakan sekiranya air sungai dalam. Sebaliknya, jika air surut atau cetek, etak boleh dikutip menggunakan tangan sahaja. Etak paling popular dijadikan etak salai dan ianya sangat digemari oleh penduduk Kelantan. Ia juga boleh dijadikan bahan masakan. Etak salai (rujuk foto) diproses dengan menyalai etak di atas api / bara setelah dicampurkan bersama serai (ditumbuk), halia (ditumbuk), garam dan sedikit gula. Proses menyalai ini mengambil masa yang agak lama untuk memastikan etak masak sepenuhnya.

4 comments:

  1. etak? bukan rokan ke? tp rokan tu besar2...x penah jumpa etak ni?

    ReplyDelete
  2. Yg ni dikenali dgn nama etak. Ia tak sama dgn lokan atau rokan. Etak hnya mempunyai maksimum ebesar ibu jari org dewasa shj. Etak ada dijual di Kelantan saja samada yg salai atau mentah (hidup).

    ReplyDelete
  3. Yang ni etak bkn lokan atau rokan. Etak bersaiz lebih kecil berbanding lokan. Saiz maksimum etak hnya sebesar ibu jari org dewasa shj. Etak ni byk dijual di Kelantan.

    ReplyDelete