VIP Dedaun Alam

Monday, July 5, 2010

Telang Biru

Pokok telang biru

Bunga telang biru yang digunakan sebagai perwarna.


Nama Botani : Clitoria ternatea
Famili : Leguminosae (Papilionaceae)

Pengenalan

Kacang telang atau butterfly pea merupakan tumbuhan jenis kekacang. Ia adalah pokok jenis memanjat atau menjalar di atas tanah. Pokok ini dikenali dengan nama pokok bunga nasi kerabu di kalangan penduduk Kelantan kerana bunganya digunakan untuk mewarnakan nasi kerabu. Pokok kacang boleh tumbuh sehingga 9 meter panjang. Ia membiak dengan cara keratan batang atau biji benih. Bunganya berwarna ungu kebiruan dan ia mengeluarkan bunga sepanjang tahun.

Kegunaan

Bunga kacang telang biru digunakan sebagai perwarna nasi kerabu atau pulut. Is juga digunakan dalam proses mewarna mengkuang(untuk kraftangan) dan kain. Bunganya juga banyak digunakan untuk menghitamkan rambut dan menyuburkan kulit kepala. Daun pokok ini boleh digunakan untuk mendapatkan warna hijau. Buah kacang muda boleh dimasak dan dimakan. Akarnya digunakan untuk melawaskan pembuangan air kecil dan dijadikan julap. Biji kacang telang yang dihancurkan dan dijadikan serbuk digunakan sebagai julap. Jika dimakan dalam kuantiti yang sedikit, ia boleh membuka selera makan.

Daunnya dan bunganya juga dikatakan dapat mengurangkan sakit kepala. Caranya, daun atau bunganya dimasukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan untuk tidur oleh pesakit. Bunga kacang telang yang direndam di dalam air bersih, boleh digunakan untuk mecuci mata yang disebabkan oleh mata merah. Air rebusan bunganya yang diminum boleh merawat disenteri.

Bunga dan akarnya dicampur dalam air mendidih, kemudian direbus bersama sedikit gula dan diminum dipercayai dapat merangsang haid. Daun pokok ini yang dihancurkan dan ditampal pada bisul atau jerawat dapat merawat masalah tersebut. Daun telang biru yang diremdam boleh digunakan untuk mencuci mata merah.

Kandungan dalam bahagian pokok telang biru :
Daun - alkaloid dan triterpinoid
Kulit batang dan biji - alkaloid jenis toksik.
Minyak biji - asid aralidik, linoleik, asid oleik, asid palmitik, asid stearik, sitesterol
Seluruh bahagian pokok - antosianin, sparajitin, arabinos, asid amino, asid linolenik, asid stearik, beta-sitosterol, flavonol, kaempferol, klitorin, lakton, lisin, oligosakarida, protein, ramnos, ternatin, silos.

2 comments:

  1. 0MAH COLOMADU
    Cempaka Asri I
    Banukan Colomadu


    Menyediakan Bunga Teleng Kering, Bunga Teleng Basah/Segar, juga benih bijinya.....
    Anda berminat?
    silahkan datang dan kunjungi kami........

    OMAH COLOMADU
    Fransiska Anni : 081548649707

    Tidak Jauh dari Kartosuro
    Disekitar Klegen Colomadu
    Dekat dengan Komplex Perumahan AURI.....

    ReplyDelete
  2. Hello, Abang, I nak minta tolong boleh? I Sudah cari lama dgn biji bunga telang. Tapi tak dapat leh~ u ade biji/benih bunga telang biru ni tak? I nak minta sikit benihnya boleh? I boleh bayarkan u, kalau Abang tak ade benihnya, then ataupun abang ade lobang -lobang boleh dapat biji/benih no tak? Boleh bagi I info/contact? Plslah, harap Abang boleh tolonglah..I betul2 dah survey banyak tempat and kebun bunga landscape, pun tak dapat ni.. Harganya boleh bincang lagi.. I tunggu ur reply, or u can contact my nomber handset atau email address as below stated..u boleh whatappz/ SMS semau boleh.. Thanks,I waiting for ya..٩(^ᴗ^)۶
    HP NO: 010-8200331 (Min)
    EMAIL: hueymin90@gmail.com

    Thanks you ya, abang..(#^.^#)

    ReplyDelete