Tuesday, July 31, 2012

Kubung, Cermai & Camouflage

Kubung, spesis mamalia yang hebat kerana ia mampu melayang dari satu pokok ke pokok lain. Aktif waktu malam dan siang harinya ia akan berehat atau tidur. Kubung yang seekor ini cukup suka berehat dengan melekap di batang pokok cermai. Dalam foto ini, hampir tidak kelihatan sang kubung yang menyamar dengan persekitarannya.

Inilah encik kubung kita. Melekap kuat pada batang pokok cermai. Tidurnya terganggu apabila saya mengambil gambarnya.

Ia tetap melekap di situ. Biasanya ia melarikan diri apabila diganggu atau ada ancaman. Mungkin ia tidak menganggap saya sebagai ancaman atau mengganggunya. Kubung ini dah beberapa kali diambil gambar oleh saya tapi tidak pasti yang mana kerana ada lebih daripada empat kubung di kawasan ini. Pernah melihat empat ekor kubung melayang dalam satu masa kerana tempat persembunyian mereka terganggu. Lihat matanya yang bundar dan cantik.

"Nak tidur dulu ye.. Orang ni tak kacau kot.. Selamat malam..ehh..selamat siang hari.. krohh..krohh...Zzzz.."



13 comments:

kasihibu said...

Sya tak boleh makan buah cermai sbb kemasaman tu
comel ke kubung tu spesis kelawar ke?

Aishah Jahirah said...

dah lama xjmpa kubung...mcm dah pupus je kat kg sy tu.

wani sc said...

ini lah baru first time saya nampak yang namanya kubung tu. dulu arwah atok selalu sebut tapi saya tak pernah jumpa.

Puteri Purnama said...

Besarnye haiwan ni.Ingatkan tadi bonggol pokok,nasib baik nampak mata dia yg macam arnab.Ini jenis tupai terbangkan Adry.Gambar ni u snap sendiri ke?

Adry@Daun said...

@kasihibu
Buah cermai kalau mkn segar mmg masam sgt2. Nk mkn cermai Sya kena mkn dgn pencicah(colek), dijeruk atau blh juga dibuat halwa cermai.

Kubung bkn spesis kelawar. Dlm familinya hanya ada spesis kubung saja. Ia dipercayai berasal dr zaman dinosaur lagi.

Adry@Daun said...

@Aishah Jahirah
Kubung dah mkin payah nk jumpa skrg, Ia dh diancam kepupusan. Mgkin suatu masa nanti ia hanya tinggal nama.

Adry@Daun said...

@wani sc
Masa kecil2 dulu saya pn selalu dgr org2 tua sebut nama kubung tp tak pernah lihat mcmana rupanya. Dh besar2 ni baru tau kubung ni comel..

Adry@Daun said...

@Puteri Purnama
Kubung ni saiznya lbh kurang arnab. Dia mmg suka melekap mcm tu sbg teknik penyamarannya. Kubung bkn spesis tupai sbb ia dlm familinya tersendiri yg ada hanya spesis kubung. Ia mampu meluncur/melayang dgn menggunakn membran nipis pada kaki blkg dn dpn di kedua belah bhgn bdn. Ia satu-satunya mamalia yg ada mebran pada bhgn kaki dpn ke bhgn kepala. Tupai terbang hanya ada pada bhgn kaki blkg dn dpn saja.

Gmbr kubung ni saya snap sendiri. Yg ni entri ke empat mengenai kubung.

ezzyra said...

kalau terpegang pon x perasan ni...

Adry@Daun said...

Kalau terpegang ada harapan la nk kena geget.. Org kat kubung akan menggigit utk pertahankan diri.

Puteri Purnama said...

hehehe kubung oh kubung, jangan geget noo, kite suka awak,macam arnab.

Adry@Daun said...

Kubung mmg comel tp sgt pyh nk jumpa. Kalau jumpa dan dpt lihat tu kira bertuah la. Kubung dh jadi maskot blog ni..

Anonymous said...

I feеl thаt іs one of the so much imρortant information for me.
And і'm satisfied reading your article. But want to commentary on some normal things, The web site style is wonderful, the articles is truly great : D. Just right process, cheers

my web blog - garden centers for sale
My site - walmart garden center