Kiambang atau nama botaninya, Pistia Stratiotes L. merupakan tumbuhan akuatik dalam famili keladi iaitu araceae. Kiambang hidup secara terapung di permukaan air yang tidak mempunyai arus pergerakan mengalir atau tenang seperti tasik, lombong, kolam, paya, parit, taliair dan sawah padi. Ia mempunyai akar rerambut yang berjuntai ke dalam air yang berfungsi sebagai penyerap nutrien. Daun pokok kiambang berbentuk roset iatu seakan bunga mawar atau pokok kobis. Kiambang sebenarnya kaya dengan kalium yang terdiri daripada kalium klorida dan kalium sulfat.
Kiambang yang dijadikan penghias kolam atau tasik ini oleh peminat tumbuhan akuatik mempunyai khasiatnya tersendiri. Mungkin generasi sekarang tidak mengetahui daun kiambang boleh dimasak sebagai makanan. Pokok kiambang juga dijadikan makanan haiwan ternakan. Ia juga dijadikan baja organik kerana mempunyai kandungan kalium.yang tinggi.
Akar pokok kiambang direbus dan diminum untuk melawaskan pembuangan air besar. Daunnya ditumbuk lumat dan ditampal pada tempat berkenaan boleh merawat bengkak, buasir, radang kulit dan ulser. Daun kiambang yang segar digaul bersama nasi panas dan santan kemudian dimakan sebagai penawar disenteri. Air rebusan daun kiambang diminum untuk meredakan batuk berdarah dan merwat diabetes. Air rebusan yang digunakan sebagai mandian dikatakan mampu untuk mengurangkan masalah kembung perut. Daun kiambang dibakar dan gunakan abu untuk merawat penyakit kurap.
Seluruh bahagian pokok kiambang direbus dan diminum untuk mengubati disenteri dan sakit semasa buang air kecil. Ia juga boleh merangsang haid dan melawaskan pembuangan air kecil.
Kiambang menjadi inspirasi penulis lirik lagu Kembara (Dato' M.Nasir).
Kiambang
Kau kembang di pinggir kali
Ungu warnamu berseri
Walaupun baumu tak seharum mawar
Namun kau masih tetap menawan
Kiambang
Bayangmu di air tenang
Mencerminkan wajah keriangan
Walaupun hidupmu dalam kesepian
Hanya berteman cahaya rembulan
Nasibmu kiambang di pinggir kali
Sedang kau mekar menghiasi desa
Kemarau panjang pun tiba
Keringlah dikau dalam dahaga.
Kiambang menjadi inspirasi penulis lirik lagu Kembara (Dato' M.Nasir).
Kiambang
Kau kembang di pinggir kali
Ungu warnamu berseri
Walaupun baumu tak seharum mawar
Namun kau masih tetap menawan
Kiambang
Bayangmu di air tenang
Mencerminkan wajah keriangan
Walaupun hidupmu dalam kesepian
Hanya berteman cahaya rembulan
Nasibmu kiambang di pinggir kali
Sedang kau mekar menghiasi desa
Kemarau panjang pun tiba
Keringlah dikau dalam dahaga.
Kiambang rupanya. Terima kasih, ye. Patutlah dalam kolam ikan akak dia tak sesuai kerana air kolam 'bergerak'.
ReplyDeleteAda org yg keliru antara pokok keladi bunting dan kiambang. Yg dlm foto ni pokok kiambang. Kolam ikan hajah airnya bergerak krn ada sistem penapisan kan. Kiambang memerlukan nutrien drp air utk hidup subur. kalau bergerak2, ia tak dpt nutrien yg sepatutnya. Lagipun air kolam ditapis menyebabkan nutrien utk pokok kiambang hilang.
ReplyDeletenice info...thankz :)
ReplyDeletekat sesetengah nurseri,pokok ni dipanggil salad air...
ReplyDelete@miz_sesibur
ReplyDeleteInfo utk tmbh ilmu pembaca blog ni.
@Kamsiah
ReplyDeleteNama tumbuhan akutik memang kiambang dan digunakan sejak dulu lagi. Salad air tu mungkin org tak tahu nama betul bagi kiambang ni.
salam perkenalan...
ReplyDeletetumpang kongsi pautan blog awak tentang taman lagenda langkawi di blog saya,,,.terima kasih
Ok, blh saja. Trma kasih ye.
ReplyDeleteboleh email dkt saya kandungan nutrien yg terbaek berkaitan akar serabut kiambang terhadap leachate.. sy meemrlukan bantuan pakar dalam kes ni ... syafiq_mai92@yahoo.com.. plezzz
ReplyDeleteSaya pn tak pasti mengenai kandungan nutrien ini tapi biasanya keladi bunting digunakan untuk merawat leachate. Cuba buat carian mengenai pokok keladi bunting di internet.
ReplyDeleteKenapa kiambang hanya hidup dlam air saja..ya..siapa tahu agaknya.m
ReplyDeleteIzan Madis, kiambang ni tumbuhan akuatik. Ia sememangnya perlukan air utk hidup sepertimana kita perlukan udara utk bernafas. Kiambang menyerap nutrien daripada air melalui akar serabutnya. Jadi, air tu sgt penting utk kiambang terus hidup. Kiambang sebenarnya mampu hidup tanpa air tapi ia masih perlukan tanah yang sentiasa lembab.
ReplyDeleteSalam mcm mana nak jaga....ak reti la.... knp daun dia jadi kuning2 ye ?
ReplyDeleteDaun kiambang jadi kuning2 tu selalunya disebabkan bahang panas mentari dan yg keduanya kurang nutrien.
DeleteSaya musykil apabila sy pindahkan kiambang dlm akuarium, terdapat binatang kecil sebesar semut y sgt banyak. Adakah berbahaya kepada guppy sy. Sy cuba search kutu air dr internet tp sy sdri tidak kenal bagaimana rupa kutu air. Sy risau jika ia boleh menyebabkan penyakit kepada guppy kesayangan. Maka sy mskkan ubat external bakteria fungus namun slp sehari masih jg tidak mati. Tadi sy masukkan garam pula. Risau pula jk kiambang kesayangan y subur mati.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete*ape??
DeleteKalo akar dia terlalu panjang untuk masuk kedalam bekas.boley ambik inisiatif potong akarnya?
ReplyDeleteKalo akar terlalu panjang untuk pokok tu terapung dan stabil di dalam air.boley ambil inisiatif potong akarnya?
ReplyDeleteMana nk dapat ye pokok kiambang ni?nk guna utk final year project
ReplyDeleteAssalamualaikum tuan, projek sekolah anak nk buat aquaponic, bolehkah guna kiambang atau lbh baik guna pokok bukan akuatik ( pokok yg digunakan dlm hidropihid) atau kiambang sudah cukup memadai digunakan? Mohon pencerahan tuan. Terima kasih
ReplyDeleteSalam
ReplyDelete