Monday, July 9, 2012

Keladi Bunting

Pokok keladi bunting atau water hyacinth

Keladi bunting atau nama botaninya, Eichornia crassipes merupakan tumbuhan akuatik yang berasal daripada Amerika Selatan. Ia dibawa masuk ke Malaysia sejak lama dulu sebagai pokok hiasan dan kini ia membiak dengan banyak terutamanya di kawasan paya, tasik, lombong dan lain-lain kawasan berair tenang. Keladi bunting hidup secara terapung seperti kiambang dan akar rerambut berfungsi sebagai penyerap nutrien daripada air. Bahagian pangkal batang atau pelepah keladi yang 'bunting' bertindak sebagai pelampung.  Keladi mempunyai bunga yang cantik berwarna ungu atau merah jambu seakan orkid dan keluar mengikut musimnya.

Keladi bunting yang ditanam sebagai pokok hiasan akuatik ini juga boleh dijadikan makanan ternakan dan ikan. Fungsi terpenting keladi bunting ini adalah mengurangkan pencemaran air kerana ia menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen semasa proses fotosintesis.

7 comments:

  1. ada bahagian yang boleh di makan ke keladi ni? sbb sya selalu nampak diorang ambil pucuk keladi tu

    ReplyDelete
  2. Setakat yg saya tau keladi bunting ni org tak mkn. Tak tau pulak kalau ada kutip utk mkn. Mgkn diorg kutip utk haiwan ternakan spt lembu, itik atau ikan.

    ReplyDelete
  3. Singgah...mencari nama pokok utk menamakan kawasan telaga minyak yang baru~~!! thanks.. :D kiambang bertaut di hati.. :)

    ReplyDelete
  4. Nk buh nama telaga minyak dgn nama pokok? Nmpk mcm kontra tp ok juga tu.

    ReplyDelete
  5. awk, sy nak carik pokok ni. kat mane boleh sy dptkn? ade x kt area berhampiran dgn UNIMAS, Kota Samarahan, Sarawak? tq

    ReplyDelete
  6. Pokok keladi bunting jnis tumbuhan akuatik yg tumbuh liar. CakyNa blh cuba gi cari di kolam/tasik, parit, taliair dan sawah terbiar. Saya pn tak pasti kat mana nk cari keladi bunting kat Samarahan. Tak penah sampai lagi kat sana.

    ReplyDelete
  7. blh tunjuk gambar pasu yg sesuai kalau nk biakkan pokok ni dlm pasu?

    ReplyDelete