VIP Dedaun Alam

Wednesday, June 30, 2010

Limau Kasturi

Kulit buah limau kasturi yang masih muda berwarna hijau tua.

Bunga limau kasturi berwarna putih dan berbau harum.


Nama Botani : Citrus microcarpa
Famili : Rutaceae

Pengenalan

Pokok limau kasturi merupakan sejenis tumbuhan renek yang berasal dari asia tenggara. Pokok ini dikategorikan sebagai pokok renek kerana ketinggian hanya mencapai 5 meter. Ia boleh dibiakkan melalui biji benih dan keratan batang (kaedah tut). Bunganya dari jenis hemafrodite. Pokok limau kasturi memerlukan pancaran matahari yang secukupnya untuk menggalakkan pembungaan dan menghasilkan buah yang lebat. Pemangkasan dahan atau ranting diperlukan bagi memastikan pokok mampu mengeluarkan buah secara optimum. Buahnya bersaiz kecil dengan ukuran diameter sekitar 8 hingga 9cm.

Kegunaan

Jus limau kasturi (setengah biji) yang dicampur bersama madu asli (satu sudu kecil) dan diminum dipercayai boleh mengurangkan asma. Untuk mengatasi masalah bau badan, amalkan memakan kulit limau kasturi secara mentah. Jusnya yang dicampur dengan madu juga boleh digunakan untuk merawat sakit tekak akibat lendir atau kahak. Limau kasturi boleh mencantikan rambut dan kulit muka. Guna perahan air limau kasturi dan lumurkan pada muka, rambut atau kulit kepala. Sebelum menggunakan kaedah ini, pastikan tiada sebarang luka pada tempat berkenaan. Limau kasturi juga dikatakan dapat menghilangkan sakit kepala. Caranya, hiriskan beberapa biji limau kasturi dan gosoklah ke seluruh kepala. Biarkan selama beberapa minit dan dicuci.

9 comments:

  1. air limau kasturi pun sodap
    kulit liamu kasturi pun sodap..

    ReplyDelete
  2. Jus limau kasturi mmg sodap.. Kulit limau kasturi yg kering masin tu pn sodap tp kalo kulit yg segar, blm penah mkn..hehe..

    ReplyDelete
  3. salam limau kasturi sekilo heheheh...limau hasil tangan sendiri tu...mmg menjadi sampai pkk pun tumbang kena gali tanah semula.....kat lgkv byk gak ke tnm pkk2

    ReplyDelete
  4. salam adry..pertama kali akak singgah..lain dari yang lain ni..ceritanya menarik..teruskan..bolih tambah pengetahuan..sekurang kurangnya mengingat semula..apa yang dah lupa..

    ReplyDelete
  5. : Kak Rosa
    Salam kak, nk sekilo tu blh tp akk kna petik sndiri buah tu kat kebun.Pkk Limau kasturi sepatutnya kna pangkas tp takdak sapa nk buat. Tu yg x larat bw diri tu.Kat sini pn ada tnm 6 pkk limau kasturi, pisang, ubi, serai, keledek, anggur, dll.

    ReplyDelete
  6. : kak Erna
    Salam kak Erna, trma ksh ye singgah kat kebun sy. Nk tau info ttg mcm2 pkk selalu la singgah sini.

    ReplyDelete
  7. Limau kasturi baik utk kesihatan, ada vit C. Baik juga utk mereka yg tak de selera makan atau loya. Boleh bubuh kulit limau kasturi segar semasa tumbuk sambal belacan atau semasa blend cili & bawang. Kalau terlupa nak tambah, hiris dan tambah pd sambal belacan. Ia membangkitkan selera. Kulitnya baik bagi banyak penyakit - kunyah je sikit-sikit sampai habis.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih sbb Prof kongsi ilmu di sini. Ada yang saya lupa untuk catatkan dalam blog dan ada yang saya sendiri tak tahu seperti kegunaan kulit utk rawat banyak penyakit.

    Saya suka masukkan perahan limau kasturi dalam budu. Airnya juga biasa dibuat jus.

    ReplyDelete
  9. Saya baru balik dari Kelantan. Satu biji buah tal ada 3 isirong. 9 isirong sepeket di pasar siti Khadijah, KB cuma RM5

    ReplyDelete