Thursday, June 10, 2010

Setawar

Pokok Setawar


Nama Botani : Kalanchoe pinnata (Lam.) Pers.
Famili : Crassulaceae

Pokok setawar merupakan tumbuhan renek yang biasa dijumpai ditanam sebagai pokok hiasan. Mengikut kajian, daun setawar mengandungi saponin, flavonoid dan tanin. Setawar membiak melalui tiga kaedah iaitu anak yang bercambah melalui bahagian tepi daun yang matang, biji benih dan keratan batang. Pokok setawar sangat lasak dalam keadaan cuaca kering kerana daunnya mengandungi banyak air.

Daun setawar boleh digunakan untuk meredakan kepanasan badan akibat demam panas. Daunnya diramas di dalam air, gunakan air tersebut untuk membasahkan kepala. Setawar juga mempunyai ciri anti bakteria. Ia boleh digunakan untuk mengelak dan mencegah keradangan kulit.

4 comments:

  1. salam tuan kebun...pkk setawar ni...mmg nostalgiakan...ingat byk di tanam masa duk kg lama dulu...yg telah lama kita tinggalkan itu. kat rumah sekarang pun rasanya dh tak ada..kena blk cari tengok ni heheh

    ReplyDelete
  2. Salam kak, dulu mmg byk pkk ni kat umah lama. Lps tu dh x tnm pkk setawar ni. Byk tnm pkk bnga krts je. Yg ada kat umah di sini setawar jnis br, daun tbl kaler hijau kputihn tu.

    ReplyDelete
  3. Salam cik adry, saya nak tanya di mana saya boleh dapatkan daun ni utk tujuan perubatan

    ReplyDelete
  4. As salam hanie,
    Pokok setawar ni biasanya org tanam sebagai pokok hiasan. Kalau perlukan daunnya, boleh tanya kawan2 yg mungkin ada tanam pokok ni.

    Hanie juga blh cuba cari/beli pokok ni di nurseri herba.

    ReplyDelete