VIP Dedaun Alam

Wednesday, June 9, 2010

Cekur Hitam

Pokok cekur hitam

Bunga cekur hitam yang sedang mekar.


Nama Botani : Kaemferia pulchra
Famili : Zingiberaceae

Pengenalan
Cekur hitam merupakan tumbuhan herba yang sama keluarga dengan saudara terdekatnya iaitu cekur biasa. Perbezaan yang paling ketara ialah warna daunnya. Cekur hitam mempunyai daun berwarna hitam yang menarik. Ciri pokok juga sama dengan cekur biasa. Cekur hitam mengeluarkan bunga yang besar dan cantik berwarna ungu muda. Rizomnya bercabang-cabang berwarna oren.

Kegunaan

Rizom cekur hitam yang dicampurkan bersama lada hitam, kayu manis dan madu boleh digunakan untuk merawat selesema. Cekur juga dipercayai boleh merawat sakit mata, sakit tekak, bengkak, demam, sakit dan sengal tulang. Air rebusan akar cekur digunakan untuk merawat sakit perut akibat masalah penghadaman, mengatasi masalah kelemumur dan menghilangkan rasa gatal.

5 comments:

  1. cekur hitam pun ada...
    issshhhisshhhh..baru sya tahu.

    ReplyDelete
  2. Pkk cekur ni ada byk jenis sbnrnya di M'sia tp yg plg popular cekur biasa tu.

    ReplyDelete
  3. salam,..saya biasa tanam pokok cekur hitam ini..menurut masyarakat siam di utara,khasiat bunganya jika di makan dlam jumlah ganjil bleh awet muda..juga boleh di beri kepada kanak-kanak untuk kecerdasan otak menurutnya..kebanyakkan jiran saya di sini menanam pokok ini dan cekur biasa yang boleh di buat ulam tu..cekur ini pun boleh buat ulam juga...cuma saya tak pernah tengok lagi cekur merah..yang dikatakan mempunyai lebih banyak khasiat perubatannya...!!!

    ReplyDelete
  4. As salam pn zila,Terima kasih utk info tambahan mengenai cekur hitam ni. Cekur merah lbh kurang sama ciri dgn cekur lain tapi daunnya hijau kemerahan. Ada juga yg memenggil cekur merah tersebut dgn nama cekur darah.

    ReplyDelete
  5. salam...semua mana boleh saya dpt benih cekur merah....

    ReplyDelete