VIP Dedaun Alam

Tuesday, June 29, 2010

Limau Kiah

Pokok limau kiah atau limeberry ini telah berusia lebih dua dekad

Buah limau kiah yang telah masak.


Nama Botani : Triphasia trifolia
Famili : Rutaceae

Limau kiah atau dikenali dengan nama limeberry dan lemondichina ini merupakan pokok yang hampir pupus. Pasti ramai yang tidak mengenali limau jenis ini. Pokok limau kiah ini adalah tumbuhan jenis renek dan ketinggiannya mencapai 3 meter. Ia juga boleh dijadikan pokok bonsai. Daunnya berwarna hijau dengan 3 helai daun pada setiap tangkai. Pokok limau kiah ini mempunyai duri yang runcing dan tajam. Bunganya berwarna putih dan berbau harum. Buahnya berwarna hijau dan berbentuk lonjong ketika muda. Apabila masak, buahnya bertukar menjadi bulat sebesar guli kaca dan berwarna merah. Buah limau kiah biasanya mengandungi satu hingga tiga biji benih di dalamnya. Limau kiah ini biasanya digunakan untuk membuat sambal bagi masyarakat Melayu.

13 comments:

  1. Salam en daun....memang tak pernah jumpa lagi limau nu kat tempat lain...cantik pula bila ambil gambar n jelas ngan bintik2 dia sekali....ok juga nnt boleh tunjuk kat anak cucu heheh

    ReplyDelete
  2. Salam kak rosa, limau kiah ni jnis yg pyh nk jmpa,hmpir pupus kalo org tk mnt nk tnm.Buah dia cntik sbb tu org putih pggil dia,limeberry.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tn adrydaud tau kt mna area gombak@sgor blh dotkn benij pokok ni?

      Delete
  3. saya ada anak pokok ini..sape2 nak call saya... zul-0139672698

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tiba2 datang comment sini.... ada kalau nak

      http://www.blogg.in-malaysia.com/2010/09/pokok-limau-limeberry-kapya.html

      Delete
  4. mane bole dapat benih dia....
    kalau kat kl nih....

    ReplyDelete
  5. Anak Langit blh cuba hubungi Zulasyraf kat ats tu. Mgkn dia blh bekalkn ank pkk tu.

    ReplyDelete
  6. rumah saya ada banyak pokok limau kiah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emma Sweet guna tak buahnya sbg bahan masakan/makanan?

      Delete
    2. Cik emma sweet-blh sya dptkn benih pokok limau kiah sepokok?

      Delete
  7. slm
    Sape kt cni ad pokok limau kiah n tinggal kt gombak@sgor?

    ReplyDelete