VIP Dedaun Alam

Monday, June 7, 2010

Naga Buana

Pokok naga buana



Nama Botani : Phyllantus pulcher
Famili : Euphorbiaceae
Nama Lain : Naga jumat, pokok kayu putih, semelit.

Pengenalan

Pokok naga buana atau juga dikenali dengan nama naga jumat hampir menyamai bentuk pokok dukung anak tetapi pokok ini lebih besar dan tinggi. Ketinggian pokok hanya mencapai sehingga 0.7m. Daun pokok naga buana akan menguncup pada waktu malam. Bunga berwarna merah putih yang bersaiz kecil keluar di sepanjang tangkai daun.

Kegunaan

Daun naga buana yang dilumatkan dan dicampur dengan ubi zebra boleh dijadikan sebagai ubat pupuk, terutamanya untuk mempercepatkan penyembuhan sakit bisul. Daunnya yang dilumatkan boleh digunakan untuk merawat luka-luka kecil dan gatal-gatal. Getahnya boleh dijadikan ubat sakit gigi dengan menitiskan pada lubang gigi yang sakit.

Air rebusan daunnya yang ditapis dengan kain bersih dan disejukkan boleh digunakan untuk mencuci mata. Air rebusan yang suam digunakan untuk menuam bengkak-bengkak, ulser hidung dan bayi yang kembung perut. Air rebusan akarnya dipercayai boleh melegakan tekanan darah tinggi.

1 comment:

  1. Pak, apakah ada stok bunga naga buana? Saya butuh untuk pengobatan lambung saya. Sekiranya berkenan saya bersedia membeli. Terima kasih.

    ReplyDelete