VIP Dedaun Alam

Friday, July 2, 2010

Yesterday, Today And Tomorrow

Pokok yesterday, today and tomorrow mempunyai bunga tiga warna(berasal daripada kuntuman bunga yang sama). Bunganya mengeluarkan bau yang sangat harum.

Tiga viariasi warna bunga yesterday, today and tomorrow (Ungu tua, ungu muda dan putih)

Nama Botani : Brunfelsia pauciflora
Famili : Solanaceae

Pokok renek jenis berbunga tumbuh subur di bawah sinaran matahari yang sepenuhnya tetapi memerlukan sedikit teduhan atau naungan ketika panas waktu tengahari. Ia juga boleh hidup di bawah naungan. Ketinggian pokok ini mencapai 3 meter tanpa pemangkasan. Pokok ini memerlukan pemangkasan supaya ketinggian dapat dikekalkan pada 0.6 hingga 0.9 meter. Bunganya mempunyai lima kelopak berwarna ungu tua semasa mula-mula mekar dan berubah menjadi ungu muda dan akhirnya menjadi putih. Bunga ini sangat harum baunya. Ia boleh dibiakkan melalui keratan batang dan biji benih. Ia memerlukan penyiraman secara tetap dan tidak boleh membiarkan tanah dalam pasuan kekeringan.

Pokok ini sebenarnya mengandungi racun alkaloids terutama dalam buahnya.

3 comments:

  1. salam tuan kebun.....bunga takkah org panggil munga sundal mlm tu...sbb baunya harummmm bangat

    ReplyDelete
  2. Salam kak, bunga takkah? Bunga harum sundal kaler putih kecik2 tp byk kuntum dalam satu jambak. Ada lg satu bunga yg hmpir sama namanya tp pkk lain iaitu, Bnga sedap malam.

    ReplyDelete
  3. Namanya sempena bunga nye yg bertukar2 kaler ye.... Bijak betul org yg kasi Nama ni.... Ehehehe.

    X penah jumpa lagi la, menarik bunga ni.....

    ReplyDelete