VIP Dedaun Alam

Sunday, July 11, 2010

Periuk Kera

Pokok periuk kera atau belanga kera

Nama Botani : Nepenthes spp.
Famili : Nepenthaceae

Pengenalan

Pokok periuk kera yang juga dikenali dengan nama belanga kera biasanya tumbuh liar di kawasan lembab dan terbuka seperti paya. Pokok periuk kera sangat unik kerana mempunyai periuk dengan penutup yang menhalang air hujan memasuki dan bertakung di dalamnya. Bahagian dasar periuk mengandungi pepsin. Bahan kimia ini berfungsi untuk menghadamkan serangga yang terperangkap di dalam periuknya dan menukarkannya kepada nutrien untuk tumbuhan ini. Pokok periuk kera membiak melalui pecahan rumpun.

Antara spesies periuk kera yang terdapat di Malaysia :

a)Nepenthes albormarginata turut dikenali N tomentella Miq yang boleh ditemui di puncak bukit rendah, kawasan terbuka bertanah gambut, kawasan batu kapur, hutan rawa atau kawasan berpasir di Borneo, Sumatera dan Semenanjung Malaysia, mampu tumbuh subur pada ketinggian 1000 meter ke bawah.

Spesies ini memiliki bingkai leher berwarna putih bersama bulu baldu di bawah peristomanya. Serlahan ini tidak dimiliki Periuk Kera lain. Kendinya pula memanjang sehingga 15 cm dengan keunikan teksturnya yang kebalduan. Hijau adalah serlahan warna awal kendinya yang akan berubah menjadi merah, unggu dan berakhir dengan hitam.

Tumbuhan ini ini gemar makan anai-anai. Apa pun, sehingga kini tiada kajian terperinci bagaimana pokok ini bertindak memerangkap anai-anai kecuali hanya menemui beribu-ribu anai- anai memenuhi kendi lamanya. Kacukan spesies ini dikenal pasti jarang ditemui.

b)Nepenthes ampullaria juga dipanggil N ampullaceae Low memang mudah dikenali kerana kendinya berbentuk bujur telur atau lonjong bersama serlahan peristoma yang lebar dan rekahan sempit penutup/tudung kendi yang tidak pernah menutup permukaan mulut kendinya.

Spesies ini hanya ditemui memiliki kendi berwarna hijau dan sebahagian lagi ada adunan warna tompokan coklat dan ungu. Beberapa kendinya boleh ditemui di bahagian bawah dalam satu jambak yang sebahagiannya tertanam atau tertimbus dengan daun kayu reput. Kendi-kendi ini bertunas daripada susunan pucuknya dan mengeluarkan warna kilauan.

Sementara kendi pada bahagian atas boleh ditemui pada celahan daunnya atau cabang sulur paut juga dalam serlahan berjambak. Kendi ini hanya mampu bertahan dalam tempoh yang singkat serta jarang ditemui berbanding kendi di permukaan tanah. Pokok ini boleh memanjat pokok lain sehingga 15 meter.

c)Nepenthes bicalcarata boleh dibezakan dengan spesies lain kerana ia satu-satunya pokok Periuk Kera yang memiliki duri dari tudungnya. Duri ini adalah sebahagian daripada peristomanya. Kendinya berukuran 25cm panjang dan 16cm lebar.

Tumbuhan ini boleh ditemui di kawasan sawah bertanah gambut sekitar ketinggian 950 meter dari paras laut dan tumbuh meliar di Sabah, Sarawak dan Brunei. Ia juga sesuai dikacuk dengan hybrid X ampullaria, X gracilis, X mirabilis dan X rafflesiana.

d)Nepenthes edwardsiana pula hanya boleh ditemui di kawasan bukit berlumut yang ketinggian antara 1500 hingga 2700 meter dari paras laut. Kendinya memang cantik dan menarik dengan saiz 50cm panjang dan 15cm lebar.

e)Nepenthes fusca yang memiliki kendi berukuran 20cm panjang dan 4cm lebar juga boleh ditemui di kawasan sama, manakala Nepenthes mirabilis yang mempunyai sehingga 16 nama panggilan lain hidup subur di kawasan basah, hutan terbuka dan tepian paya terbiar.

f)Nepenthes rafflesiana adalah spesies Periuk Kera yang besar. Kendinya boleh membesar sehingga 40cm dengan bulu kemerah-merahan yang lazimnya berselindung disebalik susunan dedaun muda. Kendinya dikatakan sentiasa dilawati semut dan kelihatan seolah-olah bukan pokok insektivor. Bagaimanapun, cecair dalam kendinya sentiasa kelihatan likat untuk memerangkap mangsa. Spesies ini adalah tumbuhan liar yang biasa ditemui di kawasan tanah rendah di Brunei.

Kegunaan

Air yang terdapat didalam periuk kera ini dipercayai berkhasiat untuk mengekalkan kesihatan mata. Akarnya yang diasah pada pasu dan dicampurkan dengan kemenyan putih, dimasak sehingga mendidih, ditapis dan airnya diminum dapat merawat penyakit asma. Seluruh bahagian pokok ini yang dikeringkan dan direbus dapat digunakan sebagai herba lepas bersalin.

17 comments:

  1. Salam Adry
    Saya suka lihat gambar periuk kera tu. Saya punyai satu pokok. Rasanya lebih besar drpd yg dalam gambar tu. Sudah 2 kali ia keluarkan bunga. Panjang! Tapi mengapa periuk-periuknya tak menjadi? Asyik-asyik yg di hujung 'tali' yg sepatutnya menjadi periuk, mengecil & mengecut. Boleh bantu? Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Salam Temuk,
    Pokok periuk kera ni sebenarnya agk sukar utk dijaga dan ditanam. Biasanya ia tidak akan tmubuh subur sebagaimana hidupnya secara bebas di hutan atau paya. Di tempat asalnya, ia bebas utk memerangkap serangga yg menjadi nutrien penting kepada tumbesaran. Saya pn ada tnm pkk ini tp ia juga tidak mengeluarkan periuk yg gemuk dn bulat biarpun sy dh masukkn serangga ke dalamnya secara manual. Periuknya yg asal sebesar lengan budak hnya mmpu mengembang sebesar ibu jari wlpn pkknya subur.

    ReplyDelete
  3. Salam dan jumpa kembali, adrydaud
    Terima kasih di atas respons sdr itu. Pastinya membantu saya dlm memahami gayahidup periuk kera. Saya telah siapkan sedikit cerita mengenai periuk kera saya, tetapi belum saya paparkan. Saya ada menyebut tentang blog sdr di dalamnya sebab tulisan sdr yg menarik, informatif dan bermanfaat, sepatutnya dinikmati oleh lebih ramai pembaca. Izinkan saya bertanya, sekiranya ada kalanya saya ingin "meminjam" satu dua gambar dalam paparan sdr dengan, mengikut kebiasaan, memberi kredit/menyatakan penghargaan, adakah sdr izinkan? Jika tidak pun, tidaklah mengapa. Tiada masalah. Saya akan terus mengunjungi paparan sdr. Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Salam Temuk (berat rasanya hati nk panggil nama tnpa pgkt spt en. , abg, pak dll),
    Kita jmpa lagi di alam maya ini. Saya dh baca entri mgenai periuk kera di Nukilan. Spt biasa paparan yg sgt2 menarik. Teruja saya mbacanya. Trma ksh krn ada myebut ttg blog saya yg tdk seberapa dlm blog Nukilan. Saya amat bbesar hati. Saya tdk kisah jika ada entri atau foto dlm Dedaun Alam yg ingin Temuk 'pinjam'. Dedaun Alam mengizinkan.

    ReplyDelete
  5. Salam Adry@Daun
    Terima kasih di atas keizinan itu. Jumpa lagi!

    ReplyDelete
  6. Salam Temuk,
    Sama-sama. Kita sama2 kongsi ilmu utk manfaat semua. Jumpa lagi...

    ReplyDelete
  7. minta share tuan punya info... terima kasih.

    ReplyDelete
  8. salam,nk numpang nanye..
    sy ada terjumpa pokok periuk kera dlm hutan,kecik aje n tgk mcm menjalar,sy jumpe kat kwsn air terjun,akarnya pula di dlm lopak kecil dan air nya sentiasa mengalir,berada di kwsn redup..
    jika sy nk ambil n bela/tanam kat rumah,adakah sy perlu tiru cara habitat asal dye?
    maap bertanye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam,

      Tak salah bertanya, pokok periuk kera boleh ditanam dalam pasu tanpa meniru habitat semulajadinya. Cuma pastikan pokok yg ditanam dalam pasu diletakkan dibawah naungan pokok atau sebarang teduhan. Pastikan tanah tidak kekeringan dan sebolehnya sentiasa lembab.

      Delete
  9. Minta izin untuk gunakan gambar Pokok periuk kera atau belanga kera....

    ReplyDelete
  10. Assalam, saye nk tnye cara penjagaan, pencahayaan dan baja utk pokok periuk kera ni..saya ada tnm tp masih tak keluarkan periuk yg baru.minta penerangan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  11. Berhampiran rumah saya byk pokok periuk kera.adakah pokok ini akan hidup jika ditanam dgn menggunakan kereta batang.

    ReplyDelete
  12. Saya tanam periuk kera Campur dgn tanah yg dibeli di nurseri .perlu ke saya tanam dalam pasu letak lumut sepenuhnya seperti dlm pasu asal yg dibeli?

    ReplyDelete
  13. Radang Paru-paru Copd.

    Saya Abd Kadir bin Sumardi, 42 tahun. Saya disahkan mengidap radang paru-paru pada akhir tahun 2020. Petanda awal sakit saya ialah batuk tak berhenti selama 3 bulan. Batuk yang berkahak dan adakala nya berdarah. Setelah mendapatkn rawatan di pelbagai klinik kerajaan dan swasta , batuk tetap tak baik, sukar bernafas dan dada terasa sakit sangat.
    Banyak rawatan alternatif dari produk luar saya ambil tapi tak berkesan. Kemudian saya buat x-ray dan mendapatkan rawatan hospital. Doktor pun mengesahkan saya mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran alam sekitar yang mengandungi bahan kimia. Untuk makluman, saya bekerja dalam persekitaran yang mengandungi pencemaran bahan kimia. Setelah itu sahabat saya telah terlihat di facebook berserta testimonial pesakit. Lalu dia pun memperkenalkan kepada saya untuk mencuba produk tersebut. Saya pun menghubungi pengasas produk tersebut En. Zuhairi dan mendapatkan nasihat daripada beliau. Beliau mengesyorkn saya untuk mencuba. Alhamdulillah dalam 2 minggu dah terasa perubahan .Batuk samakin berkurang. Saya terus mengamalkan 2 jenis jus itu selama beberapa bulan sampai masalah pernafasan dan batuk terus semakin baik. Menurut En. Zuhairi, masalah saya ini ialah paru-paru copd iaitu sakit yang tiada ubatnya dan pesakit perlu menggunakan oksigen sekiranya semakin teruk. Tapi Alhamdulillah sehingga kini saya terus mengamalkan. Syukur pada Allah mengenalkan saya dengan En. Zuhairi
    Semoga beliau berjaya membantu pesakit lain juga di luar sana untuk sembuh dengan produk ini.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser gout kronik dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete