VIP Dedaun Alam

Wednesday, January 13, 2010

Bunga & Buah Jan 2010

Bunga durian belanda atau di utara semenanjung ia dipanggil dengan nama durian eropah. Ada juga yang memanggilnya dengan nama durian sayur.

Buah pokok akar minyak. Nampak macam boleh dimakan tapi belum pernah ada orang yang mencuba untuk makan buah ini. Pucuk pokok akar minyak boleh dimakan sebagai ulam.

Bunga kerkut yang kecil dan berjambak. Baunya berbau harum dan sentiasa menjadi tarikan kepada lebah dan serangga penghisap madu yang lain.

Buah kerkut yang matang, belum tiba masa untuk masak.

Buah kerkut yang masih hijau. Apabila masak ia bertukar menjadi kemerahan.

Buah ara. Spesis ara yang ini tidak boleh dimakan. Buah ara yang boleh dimakan sebagai ulam, dicampur dalam masakan atau dimakan mentah biasanya tumbuh di tebing sungai.

Buah belimbing buluh atau belimbing besi. Rasanya masam dan digunakan dalam masakan.

Buah jambu batu tanpa biji. Kandungan vitaminnya jauh lebih tinggi berbanding oren. Jadi, makanlah buahan tempatan.

5 comments:

  1. salam..wah sekali n3..berderet2 keluar..tak ingat yg mana nak komen heheheh....lama tak tengok bunga durian belanda tu..pkk pun tak ada heheheh

    ReplyDelete
  2. Salam kak rosa, hehe..dh ada gmbr, bderet2 la n3. Kat kg ada pkk durian belanda tu tp bunga xdak kot.

    ReplyDelete
  3. Pokok kecupu tu saya blm jupo lagi nk snap gmbr. Cupu pn psyoh nk tgk doh lo ni.

    ReplyDelete
  4. belimbing buluh ,bila d simpan dlm peti sejuk kemudian d hidangkan bersama colek rojak buah mmg sedap rasanya..masam2 manis dan jusnya yg sejuk menghilangkan rasa dahaga ;)

    ReplyDelete