Nama Tempatan : Bunga Tahi Ayam
Nama Botani : Lantana camara
Nama Lain : Shrub verbena, Camara vulgaris, angel lips, big sage, blacksage, cambara de espinto (Brazil), cuasquito (Nicaragua), flowered sage (Jamaica), lantana, lantana wildtype, largeleaf lantana (USA), latora moa, pha-ka-krong, prickly lantana, shrub verbean, supirrosa, Wandelroeschen, wild sage

Famili : Verbenaceae
Pengenalan
Bunga tahi ayam merupakan sejenis pokok yang tumbuh meliar dan dipercayai berasal dari Amerika. Kini pokok ini telah banyak ditanam sebagai tanaman landskap. Pokok ini merupakan sejenis tumbuhan renek yang ketinggian mencapai sehingga 2m. Bunga tahi ayam mengeluarkan bau yang busuk tetapi kuntuman bunganya yang cantik dan mempunyai pelbagai warna terang menyebabkan ianya masih menjadi pilihan peminat bunga dan landskap. Variasi warna bunga tahi ayam adalah kuning, oren, pink, putih, ungu dan kombinasi antara warna-warna tersebut. Kehadiran minyak pati iaitu alfafelandrena yang mudah meruap menyebabkan bunga tahi ayam berbau kuat.
Kegunaan
Pokok bunga ini beracun terhadap haiwan yang memakannya. Pokok bunga tahi ayam ini boleh merawat luka dan ulser dengan menumbuk daunnya lalu disapukan pada bahagian yang sakit untuk menhilangkan bengkak. Air rendamannya mampu mengubati penyakit sengal tulang dan demam selesema.
Pokok tahi ayam ini mempunyai khasiat dari aspek perubatan herba kerana ia mempunyai sifat antiseptik yang sesuai untuk merawat luka-luka pada badan. Sifat antiseptik terkandung pada lendir yang terhasil dari ramasan daun-daunnya yang segar. Daun-daun yang diramaskan ditampal pada luka yang kita alami, ia mampu mengelakkan jangkitan kuman, menghentikan pengaliran darah dan luka akan cepat sembuh.
Daun-daun pokok bunga tahi ayam ini juga sesuai untuk merawat bengkak ataupun terseliuh pada anggota badan tertentu dengan cara meramas beberapa helai daun pokok ini dan pupukkan pada tempat yang bengkak atau terseliuh, kemudian balut dengan sehelai kain dan biarkannya sehingga rasa bengkak itu hilang.

2 comments:
Bunga tahi ayam Lantana camara; buahnya beracun boleh membawa maut
rujuk wesite http://www.drumah.com/awas-dengan-tanaman-hiasan-yang-cantik-tapi-berbahaya/1439.html
Bknhnya buah tp keseluruhn pkk lantan camara mpunyai toksik. Rasanya takde org yg nk mkn buah lantara camara ni. Baunya sdh cukup utk memutuskn selera..
Post a Comment