Nama Botani : Discorea esculenta
Terdapat berbagai jenis ubi yang ada di Malaysia dan ada di antaranya tidak dikenali ramai seperti ubi itik, ubi torak dan ubi kasong. Ubi itik hanya dijumpai di Kelantan. Ubi itik boleh dikategorikan sebagai ubi bermusim. Pokok ubi itik adalah daripada jenis menjalar. Daunnya berbentuk seakan daun sirih. Ubinya mempunyai pelbagai bentuk dan tidak sama setiap satunya. Ubi ini sederhana besar iaitu antara 3cm - 10cm. Ubi ini mempunyai rasa manis dan ianya sesuai untuk direbus atau dibuat pengat. Ramai yang keliru antara ubi itik dan ubi kemili(ubi keling). Foto di atas adalah ubi itik yang sebenar. Ubi kemili atau Coleus tuberosus
lebih kecil dan berkulit gelap.
lebih kecil dan berkulit gelap.
Assalamualaikum tuan rumah,
ReplyDeleteUbi itik ini buah nya berada didalam tanah ke atau tumbuhnya diatas tanah bergantung pada pokoknya
Salam
ReplyDelete