VIP Dedaun Alam

Friday, January 29, 2010

Gorek

Pokok gorek


Nama Saintifik: Caesalpinia crista
Famili: Caesalpiniaceae

Pengenalan


Gorek merupakan sejenis tumbuhan jenis merayap yang tumbuh liar. Biarpun ianya dari jenis tumbuhan merayap, batang agak keras dan panjang batangnya lebih kurang 10 meter.


Kegunaan


Buahnya yang agak keras dan bulat biasanya dijadikan buah congkak pada zaman dahulu. Air rebusan bijinya juga boleh digunakan untuk merawat darah tinggi, kencing manis. Ianya juga boleh mengubati buasir dengan cara menggoreng bijinya tanpa minyak dan ambil isinya. Kemudian isinya ditumbuk sehingga hancur. Guna sudu teh untuk ambil sedikit biji gorek yang ditumbuk tadi, campur dengan air suam dan minum. Ia juga digunakan untuk merawat penyakit angin pasang dengan merebus bijinya. Pucuk muda gorek dimakan sebagai ulam. Biarpun rasa sedikit pahit namun khasiatnya sangat baik untuk kita.

21 comments:

  1. biasa minum air buah gorek nih masa kecik2 dulu sbb cacing...perghhh..pahit nak mampus!

    ReplyDelete
  2. Hehe..tak tau pula sy air rebusan buah gorek ni blh buat ubat cacing. Pahit tu la yg jd ubatnya cik ani. TQ bg info tu ye.

    ReplyDelete
  3. ermmm... suatu masa dahulu pokok ni ada kat kg saya, tp skang dah xdak... kesian...

    ReplyDelete
  4. Byk pkk yg dh kna tbg atau digondolkn kwsnnya utk pmbangunan. Tak harian jika suatu masa nti, generasi baru tdk knl tmbhn2 ttentu.

    ReplyDelete
  5. Saya ada jumpa satu website yg jual buah gorek.

    Sesiapa yg xtahu nk beli kt mana boleh beli kt website tu...

    ni linkny : http://diqziz.com/herba

    ReplyDelete
  6. daun gorek ni memang mujarab untuk ubat cacing. time anak saya kena cacing, ambik daun ni ramas2 dgn air smpai air jadi hijau, pastu mandi. seeloknya mandi selama 3 pagi. insyaallah berkesan.

    ReplyDelete
  7. Mandi pn blh juga utk rawat masalah kecacingan ye. Ingatkan minum air rebusan daun saja. Terima kasih kongsi info di sini.

    ReplyDelete
  8. SALAM..... Dimana kah pokok ini berada sy memerlukan pucuknya untuk perubatan tradisional. ade sape2 blh tolong x??????\

    ReplyDelete
  9. SALAM..... Dimana kah pokok ini berada sy memerlukan pucuknya untuk perubatan tradisional. ade sape2 blh tolong x??????\

    ReplyDelete
  10. As salam,

    Pokok gorek yg ada dlm foto ni ditanam di Taman Herba Langkawi.

    ReplyDelete
  11. Saat ini saye ada biji gorek, cuma masih bingung nak gunakan, dipecah dulu baru direbus...?
    Tolong bantu saye

    ReplyDelete
  12. Saat ini saye ada biji gorek, cuma masih bingung nak gunakan, dipecah dulu baru direbus...?
    Tolong bantu saye

    ReplyDelete
  13. Ada pengamal perubatan tradisional di kampung saya yang merawat masalah kanser dengan akar pokok gorek ni..katanya akar pokok gorek penawar dan antibiotik utk menghapuskan sel kanser.cuma ambil akarnya dalam 2@3 cm dalam 3 batang..rebus dengan 2 liter air dan minum 3 gelas sehari..saya pernah amal kerana pernah disyaki kanser usus pada 2011.warna air x berubah langsung..namun pahit tuhan saja yg tahu..kongsi disini agar bermanfaat juga buat orang lain..insyaALLAH..tuhanlah yg maha penyembuh

    ReplyDelete
  14. di mana blh dpt pokok buah gorek nie.ade kah di taman botani terdapat pokok nie

    ReplyDelete
  15. Saya jual buah gorek ni RM1 dpt 4 buah WhatsApp ye 0167277551

    ReplyDelete
  16. Sapa tau mna bleh dptkn air buah gorek ya..

    ReplyDelete
  17. Pokok gorek banyak terdapat di tepi laut.belakang rumah saya ada..taman bersatu kuala kedah jalan tepi laut

    ReplyDelete
  18. Dlm shopee ada...Hanya taip buah gorek...tak mahal pun...bagi yg tercari 2 boleh godek kat situ.

    ReplyDelete
  19. Salam Saudara Adry@Daun.

    Saya mohon kebenaran untuk guna gambar dan maklumat daripada blog ini untuk tujuan perkongsian ilmu di medium media sosial dan media cetak boleh?

    Terima kasih.

    ReplyDelete