VIP Dedaun Alam

Wednesday, January 13, 2010

Sukun

Pokok dan buah sukun


Nama Botani : Artocarpus communis
Famili : Moraccae

Pengenalan

Sukun adalah tumbuhan dari genus Artocarpus dalam famili Moraccae. Pokok sukun dalam famili yang sama seperti nangka, cempedak dan terap. Ia dipercayai berasal dari Polynesia. Pokok sukun kini banyak terdapat di kawasan tropika lain seperti di Malaysia, Sri Lanka , India Selatan dan Kepulauan Pasifik yang lain. Ia merupakan sumber makanan utama di kawasan Polynesia. Ketinggian pokok sukun boleh mencapai sehingga 20 meter tinggi. Pokok sukun mempunyai kanopi yang cantik. Sukun bukan merupakan sejenis buah yang bermusim. Walau bagaimanapun, ia mengeluarkan bunga dan buah dua kali setahun. Musim bunganya ialah antara bulan Februari hingga Mac dan antara bulan Julai hingga Ogos. Buah sukun dipetik di antara bulan April hingga Jun dan di antara bulan Oktober hingga November.

Kegunaan

Terdapat dua jenis sukun di Malaysia iaitu yang mempunyai biji dan tidak berbiji. Pokok sukun yang buah mempunyaibiji biasanya tumbuh liar di kawasan hutan, manakala pokok buah sukun yang tidak berbiji mudah didapati dan ditanam di kawasan rumah atau sekitar kampung. Varieti yang tidak berbiji inilah yang biasa dimakan.
Buah sukun berbentuk bulat atau sedikit bujur (rujuk foto). Diameter buahnya ialah di antara 10 - 30 cm. Buah sukun mempunyai berat di antara 1 hingga 3 kg. Ia mempunyai kulit yang berwarna hijau kekuningan. Kulitnya berbentuk segmen-segmen petak poligonal. Segmen poligonal ini dapat menentukan tahap kematangan buah sukun. Poligonal yang lebih besar menandakan buahnya telah matang manakala buah yang belum matang mempunyai segmen-segmen poligonal yang lebih kecil dan lebih padat.

Buah sukun biasanya dipetik sebelum ia mencapai peringkat ranum atau masak. Buah sukun yang dipetik pada peringkat yang terlalu matang akan cepat menjadi lembut. Sebaliknya, ia akan mengeluarkan getah yang banyak apabila kulitnya dikupas dan mempunyai rasa kelat jika dipetik pada peringkat terlalu muda.

2 comments:

  1. salam adry...wah buah sukun best tu kalo goreng...tp kalo yang msk setengah org buat cucuq kan..akk tak pernah cuba lg..

    ReplyDelete
  2. Salam kak, mmg sdp sukun goreng tp kat sini takdak pn org jual sukun goreng. Hehe..tak tau la pulak org boleh buat cucoq dgn buah sukun msk.

    ReplyDelete