VIP Dedaun Alam

Sunday, January 17, 2010

Jeruju

Pokok jeruju

Nama botani : Acanthus ebracteatus
Famili : Acanthaceae
Pengenalan
Jeruju merupakan sejenis tumbuhan semak yang banyak terdapat di persekitaran tebing atau muara sungai yang mengalami air pasang dan surut dan ketinggiannya boleh mencapai sehingga 1.5m. Daunnya berbentuk daun tunggal dengan bahagian hadapannya bersilang dan mempunyai duri dibahagian tepi daun. Jeruju boleh dibiakkan melalui keratan batang dan biji benih.
Kegunaan
Air rebusan akar dan batang jeruju ini boleh diminum untuk merawat pelbagai penyakit kulit dan mengekalkan kecergasan badan. Air daripada rebusan akarnya boleh diminum untuk merawat demam panas yang yang agak teruk.
Air hasil rebusan biji jeruju diminum untuk merawat batuk dan bisul. Bijinya juga boleh direbus bersama bunga belimbing, tebu hitam, kayu manis dan gula batu dan diminum sebagai ubat batuk. Keseluruhan bahagian pokok ini juga boleh dibakar dan abunya dicampur air sebagai alkali bagi menghasilkan sabun.

6 comments:

  1. Pokok yg hidup antara air masin air tawar... biasa hidup liar dikawasan kuala2 sungai air masin. Arwah ayah ada bgtau mmg elok utk bisul dan kanser. Trdpt di kampung saya di Sedili Besar, Kota Tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Sesuai x untuk kanser usus??
      Saya perlukan jawapan secepat mungkin

      Delete
    3. Sesuai untuk segala macam kanser

      Delete
  2. Kami menjual berbagai macam obat herbal, tanpa bahan kimia yang tentunya baik untuk penyembuhan penyakit dan kesehatan anda:

    1. Bawang Dayak asli kalimantan ( 50.000 /kg )
    2. Teh Jeruju ( 20.000 /pc 16gr)
    3. Teh Mahkota Dewa ( 10.000 /pc 14gr)

    menerima agen & reseller
    Untuk pemesanan SMS / WA : 08563430171
    Tokopedia : https://www.tokopedia.com/people/11302673

    ReplyDelete