VIP Dedaun Alam

Thursday, January 14, 2010

Buluh Lemang

Pokok buluh lemang ini ditanam di kawasan rumah untuk memudahkan kerja mengambil buluh lemang

Ruas buluh lemang panjang dan batangnya lurus.
Nama Botani : Schizostachyum brachycladum
Famili : Gramineae

Pengenalan

Buluh tergulung di dalam keluarga Gramineae, iaitu sama keluarga dengan jenis rumput termasuklah rumput-rampai, padi, jagung, tebu dan gandum. Lebih tepat lagi buluh berada di bawah sub-keluarga Bambusoideae. Manakala sub-keluarga ini mengandungi genus-genus seperti Bambusa, Dendrocalamus, Dinochloa, Gigantochloa, Schizostachyum dan lain-lain lagi.

Kegunaan

Seperti yang telah kita semua maklum, kegunaan utama buluh lemang adalah untuk membuat lemang. Buluh ini dipilih kerana ruasnya panjang, lurus dan buluh ini nipis. Pasti ada di antara pengunjung/pembaca blog ini hanya biasa melihat buluh lemang yang telah siap dipotong atau telah kehitaman kerana dibakar semasa proses membuat lemang.
Selain daripada digunakan untuk membuat lemang, rebung buluh ini juga boleh dimakan.

7 comments:

  1. ape detail2 buluh lemang ni ye??selain yg dinyatakan di atas..boleh x buluh lemang digunakan untuk membuat tikar..??

    ReplyDelete
  2. Buluh lemang ni tak sesuai untuk dibuat tikar kerana buluhnya nipis dan mudah reput apabila mengering.

    ReplyDelete
  3. salam che andry..anda tahu dimana nak membeli benih buluh lemang ni..saya tinggal di johor pekan nenas, sekian terima kaseh.

    ReplyDelete
  4. As salam Demang Lebar Daun,
    Setahu saya buluh lemang tak dijual. Kalau nak tanam pokok buluh ni, kena ambil batang buluh lemang yg matang dan semai dgn cara mencucuk potongan btg trs ke tanah atau dlm polibeg.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum?saya mahu beli baja buluh lemang pm saya 0177433077

    ReplyDelete
  6. saya,nak beli benih buluh lemang

    ReplyDelete
  7. Adakah rebung buluh lemang blh dimakan

    ReplyDelete